Pesakit Positif #Covid19 Dedah Dapat Jangkitan Di Kenduri Kahwin.
SOSMED | Yang degil nak pergi kenduri kahwin, yang degil nak teruskan kenduri kahwin, biarpun telah ada Perintah Kawalan Pergerakan bolehlah baca kisah ini sebagai pengajaran.
Hari kedua perintah larangan keluar dikenakan, masih ramai yang engkar dengan arahan kerajaan.
Masih lagi bersuka hati beriadah.
Berkumpul main dam aji di kedai.
Berkumpul di pasar.
Malahan, siap pergi kenduri kahwin lagi.
Tahukah anda, ada seorang pesakit yang positif covid19 hanya kerana bersalaman dengan seseorang di kenduri kahwin?
Kisah itu dikongsikan oleh Adnan Faisal di Instagramnya. Kronologi kejadian;
6/3 - Majlis nikah abangnya (ada contact dengan sepupu jauh yang menghadiri itjima tabligh di Masjid Sri Petaling.
7/3 - Majlis persandingan.
8/3 - Bersantai di apartment berdekatan dewan majlis.
9/3 - Sepupu jauh disahkan positif covid19 dan dimasukkan dalam wad. Ahli keluarga belum tahu.
10/3 - Mulai demam panas sehingga isteri terjaga.
11/3 - Demam mulai kebah.
12/3 - Demam balik tapi tak panas sangat. Pening dan sakit perut.
13/3 - Demam dah ok. Tapi badan rasa tak sedap. Perut sakit.
14/3 - Demam dah ok. Tapi rasa tak selesa di tekak dan tekak rasa kering.
15/3 - Sama juga keadaan seperti semalam.
16/3 - Sesak nafas serta batuk.Sakit sendi dan otot. Atuk masuk ward kerana berasa lemah badan.
17/3 - Semakin rasa sukar bernafas. Badan tak panas tapi berpeluh. Dan peluh yang keluar rasa sejuk. Pagi pergi ke HKL tetapi tak boleh diperiksa kerana tiada close contact dengan yang positif covid19. Balik ke rumah. Petangnya, ayah call dan beritahu ada sepupu jauh yang masuk wad kerana positif covid19. Bergegas ke HKL hantar sample. Isteri di HKL dan Umi di Permai JB, masuk ke isolated ward.
18/3 - Waktu pagi, semakin sukar nak bernafas. Asyik terjaga dari tidur. Petang ke HKL tapi disuruh balik kerana keputusan belum keluar lagi. Malamnya, KKM call dan beritahu result positif. Diangkut naik ambulance selepas 30 minit terima panggilan. Dapat satu wad dengan isteri.
Pesanan doktor yang diterima pesakit ialah;
- Minum banyak air.
- Jaga kebersihan
Punca jangkitan;
- Bersalaman dengan individu positif covid19 dan terus makan tanpa cuci tangan kerana baru bersolat sebelum itu.
Rawatan yang diterima;
- isolated ward
- antibiotic
- paracetamol
Procedure screening;
A. jika ada simptom batuk, demam, sakit tekak
dan
B. ada close contact positif covid19
C. ada sejarah perjalanan ke luar negara
Barulah proses untuk screening. Jika ada A, tetapi tiada B dan C, pihak HKL akan minta buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan.