t>

Breaking News

#Covid19, Seorang Lagi Kluster Kes Tabligh Disahkan Maut.

Covid19 | Satu lagi kematian membabitkan pesakit covid19 dilaporkan di Malaysia. Pesakit #kes152 itu dilaporkan mulai sakit pada 9 Mac dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada hari yang sama.


Beliau mengadu mengalami masalah kesukaran pernafasan dan diberikan bantuan mesin pernafasan serta dimasukkan ke dalam ICU untuk rawatan selanjutnya.

Bagaimanapun keadaan kesihatannya semakin kritikal dan pesakit berumur 58 tahun itu, disahkan meninggal dunia pada jam 6.27 petang, 20 Mac.

Pesakit juga dilaporkan menghadiri perhimpunan ijtima tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb - 1 Mac.

Ini menjadikan jumlah terkumpul bagi kes kematian covid19 di Malaysia kepada 3. Dua darinya adalah kluster kes tabligh dan yang lain adalah kluster kes gereja.

Sebagai rekod, Malaysia mempunyai kes 1,030 positif covid19 setakat 20 Mac, jam 12 tengah hari.

Daripada jumlah itu, 25 pesakit berada di wad ICU, 87 darinya telah sembuh dan 940 yang lain masih menerima rawatan. Manakala, 3 disahkan maut.

KKM turut melaporkan 130 kes baru dengan 48 adalah kluster kes tabligh. Bagaimanapun KKM tidak mendedahkan trail dan kisah berkaitan 82 kes baru yang dilaporkan. Hal ini turut menjadi tanda-tanya dikalangan netizens. - 20 Mac 2020.