t>

Breaking News

Selepas Aktivis Kanak-Kanak Mengamuk, Kerajaan Buka Semula Talian Kasih 15999.

SOSMED | Talian Kasih 15999 dibuka semula 24 jam selepas NGO dan aktivis kanak-kanak mempertikaikan langkah kerajaan menghentikan sementara perkhidmatan itu, sejajar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.


Menurut dalam kenyataan yang tersiar di portal The Star, Rina dipetik sebagai berkata, kementeriannya telah menarik semula arahan menghentikan Talian Kasih serta merta. 

Talian itu sebaliknya akan terus beroperasi seperti biasa. Terdahulu, kerajaan mengumumkan menghentikan sementara perkhidmatan Talian Kasih dalam tempoh 2 minggu, bermula 18 Mac hingga 31 Mac. Tindakan itu kemudiannya mengundang kecaman di sosial media.

Aktivis Syed Azmi turut meluahkan kekecewaannya terhadap langkah itu;


"Saya rakyat biasa yang tak berminat pada parti politik asalkan orang tersebut mahu bekerja keras untuk rakyat tertindas terutamanya wanita, kanak-kanak dan asnaf miskin saya akan sokong dan dokong cita-cita mereka.
Dari zaman Najib hingga kini saya senyap sahaja dan teruskan kerja untuk rakyat. Orang bagi kita peluang kita pun kena bagi mereka peluang. Itu adil.

Tapi hari ni saya tak boleh diam diri bila Talian Kasih dan Whatsapp Kasih dihentikan perkhidmatannya. Ini adalah satu-satunya talian selamat untuk rakyat Malaysia terutamanya mangsa penderaan mendapatkan bantuan.

Tahu tak kadar RISIKO penderaan terhadap ahli keluarga satu rumah terutamanya kanak-kanak, wanita dan warga emas, OKU atau tidak lebih tinggi jika masalah ekonomi keluarga meningkat sebab tak dapat gaji akibat cuti tanpa gaji dan seangkatan dengannya.


Tahu tak dengan anak2 yang sentiasa menangis dan meleset tepi ibu bapa 24 jam boleh meningkatkan stress ibu bapa yang biasa kerja pejabat and now kt rumah je. Nak tunggu apa yang berlaku? Seriously.


Keadaan duduk rumah juga ada potensi risiko pedofil dalam selimut untuk terus meratah tanpa risau pasal tiada talian selamat? Vladivostok betul lah!!!! Saya boleh tulis macam-macam lagi tapi rasanya faham kan.

Duit takde, lapar, stress boleh increase chance ke arah dadah, jual ratah anak bini, buang keluarga tepi jalan etc. Seriously pernah jadi dulu.

Kementerian ini saya rasa belum lagi ready memikul bebanan tugas sebenar. Saya tak kisah sangat YB Zailah nak cakap pasal baju pramugari sebab itu dia dengan corong PAS kot, tapi dia patutnya tarik isu KPWKM yang sebenar yang lebih meruncing. Jangan lah confuse. Dah dapat mandat tolong buat. Agama is preach by practice and not just words.


Saya sebenarnya agak suka this mix to see new insights, but this is just too much and many lives are at stake.

YB Rina, I am just wasting my time to write about your achievements because clearly it shows.

Maaflah kalau tak sudi nak kerjasama dengan saya disebabkan saya tulis macam ni.

For every child yang kena abuse and cannot reach your ministry, it is reflecting your failure . EVERY CHILD.

Just get up and do your work to protect children as much as all your Orang Bawahan is doing. Syabas pada staff KPWKM especially JKM.

Yes, jangan nak sibuk tukar nama kalau terpaksa belanja juta juta. Kita takde duit and duit itu untuk rakyat. Please.

Respect needs to be earn.

As orang tua dan ketua, i will give you respect as much as you deserves. I dont hate you at all, i hate your bad decisions and actions that dont put children and women at heart first!,"
tulisnya dalam kenyataan itu.


Netizens yang membaca luahan Syed Azmi di sosial media itu turut menyatakan sokongan dan mendesak Talian Kasih dibuka semula. Kurang dari 2 jam, kerajaan kemudiannya uturn dari tindakan awal mereka. - 18 Mac 2020.