t>

Breaking News

Kronologi Lengkap Kes #Covid19 Dengan Masjid Sri Petaling.

COVID19 | Masjid Sri Petaling menjadi hos menganjurkan Ijtimak Tabligh pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas. Program itu dipercayai dihadiri 16,000 peserta dalam dan luar negara.


14,500 adalah warga Malaysia. Manakala selebihnya adalah warga asing yang datang dari negara;

1. Australia
2. Brunei
3. Kanada
4. Filipina
5. India
6. Indonesia
7. Afrika Selatan
8. New Zealand
9. Tunisia
9. Thailand
10. Vietnam
11. Kemboja
13. China
14. Jerman
15. Singapura
16. Arab Saudi
17. Korea Selatan
18. Bangladesh
19. Myanmar
20. Mesir
21. Tanzania
22. Gambia
23. Jepun
24. Kyrgyzstan
25. Turki
26. Amerika Syarikat
27. Afghanistan


📌Di Brunei, #Kes1Brunei adalah kes pertama Covid19. Dari kes itu Brunei menyenaraikan #Kes4Brunei, #Kes5Brunei dan #Kes6Brunei adalah jangkitan human to human dari #Kes1Brunei.

📌 Hasil siasatan mendapati trail #Kes1Brunei ada mengunjungi ijtima tabligh di Masjid Sri Petaling pada 28 Feb hingga 1 Mac.

📌 Dari situ, agensi kesihatan Brunei telah memanggil kesemua rakyatnya yang menghadiri acara itu bagi menjalani saringan pemeriksaan.

📌 Brunei merekodkan 81 rakyatnya menghadiri acara ijtima tabligh.

📌 70 telah pulang ke Brunei. 66 telah menjalani ujian saringan. 4 masih gagal dihubungi. 8 di luar negara. (setakat 12 Mac).

📌 16 dari 66 yang diuji adalah positif Covid19. 25 disahkan negatif. 25 yang lain masih menunggu keputusan.

📌 #Kes3Brunei jangkitan human ke human kepada #Kes10Brunei dan #Kes22Brunei.

📌 #Kes8Brunei jangkitan human to human kepada #Kes18Brunei.

📌#Kes9Brunei jangkitan human to human kepada #Kes11Brunei

📌 #Kes13Brunei jangkitan human to human kepada #Kes14Brunei.

📌 #Kes25Brunei adalah kes rambang.

📌 Di Singapura, 82 warganya disahkan menghadiri acara ijtimak tabligh. Bagaimanapun jumlahnya akan bertambah memandangkan ada peserta yang tidak mendaftar turut menghadiri acara itu. 2 darinya disahkan positif Covid19 pada 12 Mac.

📌 Bagi membendung penularan wabak, Singapura telah menutup masjidnya dan membuat kerja-kerja membasmi kuman.

📌 Di Malaysia, #Kes131, #Kes136, #Kes151, #Kes152, #Kes157 dan #Kes158 dikaitkan dengan trail menghadiri acara di Masjid Sri Petaling.

📌 Bagi #Kes131;

- berumur 60 tahun, gejala batuk pada 4 Mac, sukar bernafas pada 8 Mac dan disahkan positif pada 10 Mac.

📌 Bagi #Kes136; 

- lelaki, berumur 26 tahun, pelajar di Korea dan bekerja sambilan travel agen. 

- pulang dari Korea pada 22 Feb, hadiri acara ijtimak tabligh.

- gejala demam pada 3 Mac.

- ke Korea pada 4 Mac dan kini telah pulang ke Malaysia.

📌 Bagi #Kes151;

- lelaki, 66 tahun.

📌 Bagi #Kes152;

- lelaki, 58 tahun, dari Tawau, Sabah

📌 Trail bagi #Kes152 adalah di Masjid Sri Petaling, Miri, dan Tawau. Dalam perkembangan berkaitan, #Kes152 dikaitkan dengan #Kes1Brunei. Bagaimanapun info ini perlu disemak.

📌 Terdapat laporan di Sabah ada dua pertambahan kes baru, satu di Papar dan satu di Kota Kinabalu. Bagaimanapun info ini perlu disemak.

📌 350 jemaah tabligh di Tawau yang menghadiri acara ijtima tabligh juga dipanggil KKM bagi menjalani ujian pengesanan Covid19.

📌 Bagi #Kes157 dan #Kes158, mereka adalah pasangan suami isteri dari Negeri Sembilan yang juga menghadiri acara ijtima tabligh.

📌 Sarawak mengesahkan jangkitan Covid19 yang pertama apabila 3 kes baharu dicatatkan pada 13 Mac. 2 kes membabitkan trail di Masjid Sri Petaling. Dan 1 kes adalah ahli keluarga peserta. 

📌 Sarawak merekodkan, 236 telah menghadiri acara itu dengan 173 dikenakan perintah berkurung 14 hari dan 63 adalah kes yang masih menunggu keputusan. 

📌 Kuaratin center juga telah dibuat di Miri, Kuching, Sibu dan Bintulu sebagai persediaan awal. 

📌 Ini bermakna, paling kurang 8 kes positif Covid19 dikaitkan dengan trail di Masjid Sri Petaling setakat ini. 

📌Perlis buat pertama kalinya membatalkan solat jumaat dan mengarahkan orang Islam mengantikannya dengan solat zohor pada 13 Mac.

📌 Di Selangor, JAIS telah mengarahkan semua masjid di negeri itu menghentikan aktiviti tabligh serta merta sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

📌 Di negeri lain, solat jumaat masih diteruskan tetapi dengan menekankan beberapa langkah kesihatan. Mereka yang mempunyai gejala dilarang ke masjid, terdapat kaunter saringan di Masjid Sri Petaling dan beberapa masjid lain di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mulai menjalankan kerja-kerja membasmi kuman.

📌 Mengikut saranan KKM, KPM telah mengarahkan kesemua sekolah hentikan aktiviti yang membawa kepada perhimpunan orang ramai.

📌 PH juga telah membatalkan sesi jelajahnya bagi membendung wabak.

📌 KKM juga telah menyeru kesemua peserta ijtima tabligh yang mempunyai gejala sila segera ke hospital bagi membuat ujian pengesanan. 

📌 Bagi yang tiada gejala perlukan kuarantinkan diri sendiri selama 14 hari.

 ðŸ“Œ Orang ramai dinasihati jangan bersalam dan gantikan salam dengan tanda hormat meletakkan tangan di dada.

📌 Jarakkan satu meter ketika berkunjung ke lokasi awam.

📌 Dan ibu bapa dinasihatkan tidak membawa anak-anak bercuti ke tempat yang berisiko.
  
Akan dikemaskini.