t>

Breaking News

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan #MUSAADAHCOVID19 MAIWP.

INFO | Bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas dengan covid19, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mewujudkan satu skim bantuan kecemasan.

Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas dan terputus sumber pendapatan mereka di musim covid19 ini, yang bertujuan membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh tersebut.





Siapakah yang layak memohon?

📌Semua yang terjejas dan hilang sumber pendapatan layak memohon asalkan anda berada di kawasan Wilayah Persekutuan, Labuan dan Putrajaya.

Bagaimana nak memohon?

📌MAIWP telah memudahkan proses permohonan dengan menggunakan Talian WhatsApp sahaja. 
 

📞Anda boleh menghubungi talian WhatsApp dibawah bagi yang tinggal di Kuala Lumpur;

http://www.wassap.my/0125183614
http://www.wassap.my/0125127614
http://www.wassap.my/01162520935
http://www.wassap.my/01165475657
http://www.wassap.my/01163341373
http://www.wassap.my/01165502412
http://www.wassap.my/01162542728
http://www.wassap.my/01162708461
http://www.wassap.my/01159359545
http://www.wassap.my/01162656532
http://www.wassap.my/01159209476
http://www.wassap.my/01162701809

📞Anda boleh menghubungi talian WhatsApp dibawah bagi yang tinggal di Putrajaya;

http://www.wassap.my/01159496216
http://www.wassap.my/01163038443

📞Anda boleh menghubungi talian WhatsApp dibawah bagi yang tinggal di Labuan;

http://www.wassap.my/0138514066
http://www.wassap.my/0138513066
http://www.wassap.my/0178516066
 

Apakah persediaan yang perlu dibuat?

📌Sila Kemukakan maklumat ini menerusi Whatsapp;


📑Nama pemohon
📑Pekerjaan suami & isteri (jika berkaitan) :
📑Pendapatan sebulan (ketika ini) :
📑Alamat terkini :
📑Bayaran sewa rumah (jika berkaitan) :

📑Jumlah tanggungan (anak dan umur) :
📑Tarikh nikah/cerai/pasangan meninggal :
📑Maklumat masalah kesihatan (jika ada) :


📌Anda juga perlu hantarkan gambar-gambar dokumen ini;
 

📭Kad Pengenalan Pemohon
📭Kad Pengenalan Isteri
📭Kad Pengenalan/ Mykid tanggungan
📭Bil Air/ Bil Api
📭Penyata akaun/buku bank atau screenshot online banking yang menyatakan nama dan nombor akaun


Anda juga boleh memohon secara online disini : 
https://musaadahkhaira.zakat.com.my/

Sebagai rekod, bantuan ini boleh dipohon oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

MAIWP juga menjelaskan mana-mana pihak yang merupakan penerima bantuan kewangan bulanan baitulmal MAIWP adalah tidak layak memohon bantuan kecemasan ini kerana telah terima bantuan bulanan yang telah diawalkan pada 19 Mac lalu dan bantuan tambahan zakat khas RM500 yang akan disalurkan mulai 1 April ini. 

Selain itu bantuan bulanan bagi bulan April juga akan disalurkan seperti biasa pada 25 April nanti.

Tak perlu malu untuk mendapatkan bantuan dikala kita kesusahan dan jika anda ada mengenali sesiapa yang memerlukan bantuan kecemasan ini, berikan mereka maklumat ini supaya mereka boleh memohon bantuan. - 2 April 2020.