t>

Breaking News

Cara Memohon Bantuan RM500 Untuk Peniaga Kecil Dan Penjaja Di Pulau Pinang.

INFO |Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Jagdeep Singh Deo mengumumkan sejumlah RM7 juta akan diagihkan kepada peniaga dan penjaja berlesen yang terjejas akibat Covid19.

Dianggarkan seramai 14,012 peniaga kecil layak memohon insentif tunai bernilai RM500 ini.


📌Siapakah yang layak memohon?

💎Peniaga di pasar awam
💎Peniaga di kompleks makanan
💎Peniaga pasar malam
💎Peniaga kendara saji (food truck)
💎Penjaja pasar tani di bawah kelolaan FAMA

📌Bagaimanakah caranya untuk memohon?

UNTUK MBPP

Dengan menggunakankan aplikasi WhatsApp. Taip COVID500 dan hantar ke 016 - 2004082. Ini adalah WhatsApp aduan MBPP.

Sistem kemudiannya akan menghantarkan satu pautan kepada anda. Sila klik pada pautan itu, isikan maklumat lengkap seperti yang diminta, dan hantar.

⌛ Hanya peniaga berlesen di bawah premis MBPP
⌛ Peniaga pasar malam layak memohon dengan lesen PBT
⌛ Tarikh akhir permohonan ialah 6 April 2020.

UNTUK MBSP

Sila layari portal ini : http://bantuanrm500-covid.mbsp.gov.my/

Isi kesemua maklumat dan butiran dengan lengkap dan tekan hantar.

📌Apakah maklumat yang diperlukan ketika mengisi borang? 

- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Rujukan Lesen
- Nama Bank
- No Akaun Bank
- Nombor Telefon
- Email

Kepada yang layak, sila membuat permohonan sebelum atau paling lewat 6 April 2020. - 2 April 2020.