t>

Breaking News

COVID19, DBKL Selamatkan Warga Britain Yang Jadi Gelandangan.

SEMASA | Apa yang berlaku pada warga Britain yang sedang melancong ini sebenarnya boleh terjadi kepada mana-mana warga Malaysia yang tersekat di luar negara ketika ini.



Pada 6 April lalu, portal Harian Metro melaporkan seorang lelaki warganegara Britain yang berusia 52 tahun telah menjadi gelandangan selepas terkandas di negara ini dan telah diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dalam laporan itu berkata, mangsa, James Ashley tiba di negara ini pada 17 Mac selepas penerbangan dari Laos untuk ke Myanmar.

Menurutnya, dia transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama lima jam namun gagal untuk meneruskan penerbangan itu apabila Myanmar menutup pintu sempadan dan tidak membenarkan penerbangan ke negaranya.

“Dia kemudian pergi ke kedutaannya dan dimaklumkan pegawai dokumennya lengkap.

“Dia kemudian tinggal di kawasan Chow Kit sehingga 21 Mac lalu namun akibat kehabisan wang dia keluar dari hotel dan mula bergelandangan sehingga diselamatkan di Bulatan Syed Putra, hari ini,”
katanya dalam kenyataan itu.

Nor Hisham turut dipetik berkata, lelaki terbabit ditempatkan di pusat Dewan Serbaguna Alam Damai selepas selesai menjalani ujian kesihatan.