COVID19, Individu Dikuarantin Di Hotel 5 Bintang Luah Perasaan..
SEMASA |Portal Free Malaysia Today melaporkan keresahan seorang wanita yang bernama Alice, berusia 36 tahun yang dikuarantinkan di hotel lima bintang.
Alice bekerja sebagai Perunding IT di United Kingdom. Beliau tiba di Malaysia pada ahad dan dibawa ke hotel lima bintang menggunakan bas penjara.
Seramai 25 orang yang lain dibawa ke lokasi yang sama.
Menurut Alice;
⏳Beliau merasakan keadaan dalam bilik bagaikan penjara tanpa kad kunci.
⏳Alice juga berkata beliau tidak dibenarkan untuk ke koridor dan keluar berjalan-jalan untuk senaman.
⏳Mereka perlu duduk setiap masa dalam bilik dan makanan akan diletakkan diluar bilik mengikut jadual masa yang ditetapkan.
⏳Mengenai makanan pula, Alice berkata ia kurang menyelerakan.
⏳Dan mereka dilarang dari menggunakan perkhidmatan bilik.
⏳Saluran TV pula ada 5 jer. Itupun banyak melaporkan hal covid19. Hal ini akan menyebabkan Alice berasa kemurungan.
Sebagai rekod, kerajaan menanggung RM150 sehari bagi setiap mereka yang perlu dikuarantinkan selepas balik dari luar negara.
Menurut FAQ yang dikeluarkan NADMA, setiap individu dibenarkan untuk menggunakan room service dan perkhidmatan dobi dengan menggunakan kos sendiri.
Jika individu yang dikuarantinkan mempunyai masalah dan permintaan, ia boleh dirundingkan atas budi bicara petugas.
Bagaimanapun mereka tidak dibenarkan meninggalkan bilik masing-masing. Ini dipercayai dibuat bagi mengelakkan individu tersebut melarikan diri.
Sebenarnya, sebelum kuarantin wajib dikenakan bermula 3 April, kerajaan terlebih dahulu menggunakan konsep budi bicara.
KKM telah meminta semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara untuk self kuarantin selama 14 hari. Tetapi malangnya, ada yang tidak patuh dan bersikap pentingkan diri sendiri.
Kes136 adalah contoh. Dan kes 1580 adalah contoh terbaru. Oleh kerana itu jika ada mana-mana individu yang dikuarantinkan di hotel lima bintang dan anda berasa seperti berada dalam penjara dan sebagainya, sila marahkan mereka berdua.
Jangan salahkan KKM dan polisi kerajaan. - 10 April 2020.
Alice bekerja sebagai Perunding IT di United Kingdom. Beliau tiba di Malaysia pada ahad dan dibawa ke hotel lima bintang menggunakan bas penjara.
Seramai 25 orang yang lain dibawa ke lokasi yang sama.
Menurut Alice;
⏳Beliau merasakan keadaan dalam bilik bagaikan penjara tanpa kad kunci.
⏳Alice juga berkata beliau tidak dibenarkan untuk ke koridor dan keluar berjalan-jalan untuk senaman.
⏳Mereka perlu duduk setiap masa dalam bilik dan makanan akan diletakkan diluar bilik mengikut jadual masa yang ditetapkan.
⏳Mengenai makanan pula, Alice berkata ia kurang menyelerakan.
Makanan diterima Alice - Gambar FMT. |