t>

Breaking News

#Covid19, Selangor Mansion Dan Malayan Mansion Dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan.

Covid19 | Semalam KKM mengesahkan semua kawasan di Kuala Lumpur berada dalam zon merah, ini termasuklah Cheras yang sebelum ini terkecuali berikutan pertambahan kes baru.


Hari ini dua bangunan di Jalan Masjid India dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan terhadap 15 kes positif covid19 di kawasan berkenaan.

Selangor Mansion dan Malayan Mansion ialah flat kediaman 8 tingkat yang turut menempatkan premis perniagaan. Sebahagian besar penghuni di kediaman tersebut adalah warga asing yang bekerja di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Menurut MKN;

1. PKPD dilaksanakan serta merta bermula 7 April sehingga masa pengesanan tamat.

2. Ia melibatkan kira-kira 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan perniagaan.

3. Tujuan PKPD dilaksanakan bagi membendung wabak ini dari merebak.

4. Langkah ini juga membolehkan operasi pengesanan unit ke unit dilakukan.

5. Semua penghuni tidak dibenarkan keluar sama sekali.

6. Bukan penghuni tidak dibenar masuk. Pelawat juga dilarang.

7. Aktiviti perniagaan dihentikan serta merta kecuali barangan keperluan.

8. Penghuni boleh memesan makanan yang boleh dihantar dan mengambil di tempat yang ditetapkan.

9. Medical base dibuka di setiap PKPD.

10. Semua laluan keluar masuk PKPD ditutup.

11. ATM, PDRM, APM, DBKL dan RELA akan mengawal kawasan PKPD.

12. Semua penghuni diminta mematuhi arahan, memberikan kerjasama kepada petugas KKM dan bertenang.

Jika mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan, penghuni boleh menghubungi : 03 - 4026 7222 dan 016 - 296 2982. - 7 April 2020.