t>

Breaking News

Kerana Isu Rohingya, Aktivis Masyarakat Difitnah Netizens Kaw-Kaw..

SOSMED | Satu lagi fitnah bertebaran di sosial media. Kali ini membabitkan akvitis masyarakat yang sering mengangkat kisah masyarakat tertindas, Tengku Emma Zuriana.

Apa yang berlaku pada aktivis itu?

- Difitnah sebagai etnik Rohingya.

- Difitnah telah menerima kerakyatan Malaysia (adalah orang Malaysia sejak lahir, ibu bapa, ahli keluarganya adalah rakyat Malaysia).

- Difitnah kerana pembabitan wanita itu dalam aktivisme Rohingya.

- Gambarnya, maklumat dan butiran peribadinya didedahkan netizens dengan tujuan menyerang, membuli, memalukan dan menfitnah.

- Ini gara-gara wanita itu menjadi Duta Malaysia di Majlis Rohingya Eropah.

- Selain itu, wanita tersebut juga ada mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan sentimen kebencian, fitnah dan mengapi-apikan suasana dengan menghasut masyarakat membenci etnik Rohingya, maka beliau diserang secara bersasar oleh sekelompok netizens.

Berikut adalah jawapan balas dan kenyataan dari Tengku Emma Zuriana bagi menjawab serangan netizens.

TULARAN FITNAH BERNIAT JAHAT DI SOSIAL MEDIA BERTUJUAN MEMBURUK-BURUKKAN REPUTASI DUTA MALAYSIA BAGI MAJLIS ROHINGYA EROPAH DAN MENIMBULKAN POLEMIK KEBENCIAN RAKYAT MALAYSIA KEPADA PELARIAN ROHINGYA

"DENGAN INI, Majlis Rohingya Eropah dan Duta Malaysianya, YM Tengku Emma Zuriana Bt Tengku Azmi menuntut agar segala penghantaran oleh kesemua entiti dinyatakan tersebut dan mana-mana entity yang akan dikenalpasti tentang Majlis Rohingya Eropah dan agen-agennya hendaklah ditarik balik atau dipadam disusuli permohonan maaf secara terbuka dengan memuatnaikkan di laman media sosial masing-masing dan secara bersurat untuk siaran di laman sesawang Majlis Rohingya Eropah.

Di samping itu, sumbangan dalam bentuk wang tunai hendaklah dikemukakan kepada Majlis Rohingya Eropah oleh setiap entiti tersebut berdasarkan jumlah kawan dan pengikut mereka : Web Schneider (3,402), Ammar Daniel (jumlah kawan disembunyikan), 32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya (29,809), Bersatu.Tv (7,597), dan Bersatutv (104,000). Kesemua ini hendaklah dilaksanakan dalam tujuh (7) hari selepas kenyataan media ini dikeluarkan. Kegagalan berbuat demikian, tindakan undang-undang lanjut akan diambil dan semua ganti rugi dituntut akan diserahkan untuk Majlis Rohingya Eropah. Orang ramai juga disarankan membantu dan memberi sumbangan supaya keadilan dapat dicapai bersama Rohingya."






Berdasarkan semakan, sesetengah netizens masih lagi mengajak warganet untuk menyerang aktivis masyarakat itu dengan membuat seruan report di Facebooknya.


Dalam perkembangan berkaitan, serangan netizens juga membabitkan ancaman rogol dan ke atas ibu aktivis tersebut.


Dan ini;


Di kesempatan ini, kami ingin menasihati semua netizens Malaysia;

- Sentiasalah mematuhi peraturan dan undang-undang semasa menggunakan sosial media.

- Hendaklah tidak membuat sebarang ancaman dan ugutan seperti ajakan rogol, bunuh dan memukul.

- Hendaklah tidak menyerang mana-mana individu secara menfitnah.

- Hendaklah tidak menyerang ahli keluarga, ibu, bapa, anak-anak individu yang disasarkan.

- Hendaklah menjaga tutur komen dan tidaklah boleh mendedahkan sebarang maklumat peribadi seseorang apatah lagi jika niat mendedahkannya adalah bertujuan menfitnah.

Janganlah kerana kebencian kamu terhadap sesuatu perkara, isu, insiden, tajuk, bangsa, etnik, agama, negara, membuatkan kamu berlaku tidak adil terhadap mana-mana pihak dan memangsakan sesiapa sahaja. Ingatlah, ini bulan Ramadhan. Setiap perbuatan jahat, balasannya juga jahat, tinggal cepat dan lambat je. Sekian. - 28 April 2020.