Minta Maaf Dan Bayar RM1 Juta, Abu Syafiq Kepada Amin Idris.
SOSMED |Selebriti tempatan, Amin Idris hari ini berkongsikan cerita di Facebooknya dimana beliau telah menerima surat peguam yang mewakili Ustaz Abu Syafiq yang mahu pengacara itu meminta maaf secara terbuka dan membayar RM1juta kepada penceramah tersebut.
Ini gara-gara pengacara popular itu menulis satu post sindiran di Facebooknya pada Isnin.
Post yang berbunyi, "5 langkah mudah kalau nak jadi macam Ustaz Abu Syafiq" itu tular di laman sosial gara-gara netizens marahkan penceramah itu yang didakwa telah mengkritik Ustaz Ebit Lew.
Meskipun tidak menyebutkan sebarang nama, tetapi netizens beranggapan beberapa post Ustaz Abu Syafiq di Facebooknya (sebelum hilang) ditujukan kepada pendakwah terkenal tanahair, Ustaz Ebit Lew.
Ini termasuklah post yang mempersoalkan jenis kenderaan yang dipakai oleh pendakwah itu dan tindakan pendakwah itu berkongsikan gambar-gambar serta video ketika mengagihkan bantuan kepada orang susah.
Susulan dari itu, netizens kemudiannya bersatu hati menyerang Ustaz Abu Syafiq dan membela Ustaz Ebit Lew.
Dalam perkembangan berkaitan, Amin Idris yang juga mengkritik Ustaz Abu Syafiq di Facebooknya telah diberikan surat oleh penceramah tersebut agar memadamkan semua postnya yang mengkritik Ustaz Abu Syafiq.
Pada awalnya, Ustaz Abu Syafiq berkata, akan menyaman Amin Idris jika gagal memenuhi tuntutannya. Mereka dilaporkan berbual menerusi aplikasi chatting.
"Tersebutlah kisah seorang manusia bernama Ustaz Abu Syafiq (ketika ini FBnya disable. Kena hack katanya) yang hidup diisi dengan mengata orang, memaki hamun orang, menyesatkan orang, memfitnah orang
Bila dia dikritik dan diperli kerana kelakuannya, eh tiba-tiba pm saya minta maaf? Yang kau pergi hina orang, mengata orang, tuduh orang macam-macam, ada kau minta maaf? Tiba-tiba ancam nak saman?
Don't worry ustaz. I'm a law graduate. Justice must not deemed to be done, Justice must be seen to be done.
P.S : Geram je nak tunjuk screenshot mesej-mesej Ustaz Abu Syafiq. Its Ramadan. Sesungguhnya aku berpuasa. Bersabarlah," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dan tadi, Amin Idris mengesahkan beliau sememangnya telah menerima surat dari peguam Abu Syafiq sebentar tadi.
"KOYAK BETUL RUPANYA
Saya baru menerima surat dari peguam Ustaz. Abu Syafiq (Rasyiq Alwi). Antara kandungannya:
1. Menuntut SAYA MINTA MAAF TANPA SYARAT di semua medium dan permohonan tersebut mesti diluluskan oleh Ustaz Abu Syafiq.
2. Ust Abu Syafiq juga menuntut RM 1 JUTA dari saya sebagai ganti rugi kerana posting saya.
3. Menurut peguam Abu Syafiq, "Hasil daripada posting tersebut, anakguam kami telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat-masyarakat termasuklah beratus-ratus kecaman dan/atau ugutan dan/atau komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam."
4. Saya diberi masa 7 HARI untuk mohon maaf dan bayar 1 JUTA kepada Abu Syafiq.
JAWAPAN SAYA, tak payah tunggu 7 hari. Saman saya SEGERA! See you in court.
Siapa setuju saya lawan, komen LAWAN ABU SYAFIQ," katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini Ustaz Abu Syafiq mendakwa Facebooknya digodam namun majoriti netizens dilihat tidak mempercayai penafian penceramah itu. - 27 April 2020.