t>

Breaking News

Kronologi Kisah Ustaz Ebit Lew Membantu Keluarga Pak Ishak Berpindah. Part 2.

SOSMED | Ini adalah bahagian kedua. Bahagian pertama disini.

Tular dakwaan kononnya keluarga Pak Ishak enggan berpindah dan kembali ke rumah lama.

Post dari Ustaz Faisal Mustafa yang bertarikh 21 April, disebarkan netizens ke sana sini termasuklah dalam group WhatsApp.

Post tersebut disiarkan pada jam 2.12 petang, hari selasa, mendakwa keluarga Pak Ishak enggan berpindah ke rumah baru.




Ustaz Faisal kemudiannya diserang kerana dianggap menyebarkan berita palsu.

Pada hari yang sama, Ustaz Faisal Mustaffa kemudiannya mengemaskini Facebooknya pada jam 7.12 petang, dan mendakwa kesemua ahli keluarga setuju berpindah setelah rundingan berjaya.


Ustaz Faisal mendakwa khidmat polis digunakan bagi memastikan rundingan berjaya.
 .

"Walaupun diperingkat awal masih ada ahli keluarga yang enggan. Dengan bantuan penduduk kampung, agensi serta polis cawangan khas yang turut hadir memberi penyelesaian kepada rundingan untuk berpindah," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, terdapat beberapa pihak yang masih berterusan menyerang Ustaz Ebit Lew kerana dianggap menyebarkan fitnah ke atas penduduk kampung yang kononnya mengabaikan jiran yang miskin dan kesakitan.

Hal itu kemudiannya menyebabkan Ustaz Ebit Lew membuat permohonan maaf kepada semua.

"Penat sangat rasa. Tapi bahagia sangat. Syukur pada Allah. Teringat mak dulu senyum bagi nasihat. Takper orang buat kita. Jangan kita buat orang. Selalu maafkan orang lain dan doakan semua orang bahagia dan masuk syurga. Kita hidup untuk Allah sayang. Jika ada kebaikan yang Allah terima saya hadiahkan buat arwah mak saya. Rindu bidadari dan anak-anak. Rindu ayah di kampung. Nak balik kl cepat lepas selesai semuanya.

Dah berlalu bertahun dalam kerja khidmat dan berkongsi kasih sayang semenjak kecil. Entah berapa hari lagi yang tinggal. Biarlah baki hidup ini dalam kebaikan. Jika Allah takdirkan walau berapa waktu yang tinggal. Masa tu sangat sekejap berlalu. Sedangkan banyak kerja dan amanah yang terlalu jauh dari sempurna.

Saya jahil, tak pandai. Saya bukan ustaz. Saya bukan sesiapa. Cuma cina belajar Islam. Terima kaseh semua terlalu ramai guru, keluarga dan sahabat mendoakan dan beri semangat. Allah sahaja balas semuanya.

Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tak berniat nak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya yer semua. Saya pohon maaf pada semua yer. Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan. Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tak sama. Walau memberi minum pada kucing atau anjing walau sedikit pun dipandang oleh Allah. Walau kita tak dapat bantu mereka semua. Kita buatlah apa yang kita termampu. Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta. Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita didepan Allah nanti. Semuanya sehingga satu hari nanti kita mendapat RedhaNya. Redha Allah segala-galanya. Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah
," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.





Gambar Ustaz Ebit Lew yang berbaring di atas kotak makanan seterusnya menjadi isu apabila page-page politik yang condong ke arah Tun Mahathir menyerang pendakwah popular itu.

Sementara itu, Ustaz Faisal dilihat cuba tenangkan apabila membuka cerita tentang kisah keluarga Pak Aq yang kebanyakan orang luar tidak tahu.

Berikut dibawah adalah penjelasannya;

VIRAL PAK AQ : BERAKHIRNYA SEBUAH DERITA
Berakhirlah sebuah derita yang berlarutan sejak puluhan tahun lamanya. Derita kepada keluarga Pak Aq. Derita kepada penduduk kampung Derga, dan juga kepada “agensi” kerajaan yang bertanggungjawab.

Terima kasih kepada Ustaz Ebit Liew diatas bantuan berjaya menamatkan derita ini.

1. Derita keluarga Pak Aq

 
Daripada sebuah bangsal buruk, akhirnya berjaya dipindah ke rumah baharu yang lebih selesa. Sama-sama kita doakan supaya keluarga Pak Aq terus dirahmati oleh Allah SWT.


Anak-anak kecil yang berhenti sekolah diharapkan dapat menyambung kembali Pengajian mereka. Diharapkan kepada ibu dan ayah anak-anak kecil ini, ambil beratlah tentang pendidikan, kerana melalui pendidikan sahaja dapat mengubah nasib keluarga ini.

2. Derita Penduduk Kampung di Kariah Derga

Menurut orang tua-tua kampung, mereka bersyukur kerana masalah yang ditanggung oleh keluarga ini sejak puluhan tahun lamanya selesai. Terasa ringan bebanan mereka.

Adakah mereka melihat saja atau membantu?

Sejak tahun 1998 penduduk kampung bermesyuarat dan mereka berusaha untuk memberikan rumah baharu kepada Pak Aq dan 20 orang anak beranak beliau termasuk cucu.

Mereka juga pernah berjaya mendapatkan sebuah rumah PPRT diatas sebidang tanah kepada keluarga Pak Aq di Pokok Sena dengan kelulusan MB waktu itu, tetapi mereka gagal memujuk Pak Aq untuk berpindah.

Cubaan kedua dengan bantuan exco juga gagal. Pelbagai usaha dilakukan, tetapi tidak berjaya. Dalam pada masa yang sama, masyarakat setempat tetap memberikan bantuan makanan serta keperluan asas kepada keluarga.

Penghargaan juga wajar diberikan kepada mereka penduduk setempat yang puluhan tahun membantu. Lebih hebat, sedikit pun mereka tidak membuka aib keluarga ini dimedia sosial kerana mereka menjaga adab jiran tetangga. Termasuk kepada tuan tanah yang telah memberikan wang dalam sejumlah yang besar untuk mereka keluar, akhirnya hari ini berjaya diselesaikan.

Alhamdulillah, derita penduduk kampung juga selesai sejak sekian lama ianya berlarutan.

3. Derita Dan Nama Baik Agensi

Alhamdulillah, dengan berpindahnya keluarga Pak Aq ianya juga memberikan kesan yang baik kepada agensi. Walaupun dikecam, sekurang-kurangnya kecaman dalam tempoh seminggu dua ini yang berlarutan sejak sekian lama selesai.

Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak gunakan kuasa? Disana undang-undang yang mengikat. Bukan mudah untuk menarik keluar secara paksa sebuah keluarga besar tanpa sukarela mereka kerana akan menjadi isu politik yang lebih besar.

Diperingkat agensi, kritikan dan pandangan diambil positif bagi tujuan penambahbaikan operasi dimasa akan datang.

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat baik daripada pihak Ustaz Ebit Liew, seluruh ahli keluarga Pak Aq, AJK Masjid Al Irfan Derga dan penduduk kampung setempat, agensi-agensi kerajaan terlibat iaitu LZNK, JKM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, pihak polis serta pihat PBT yang terlibat selama ini.

Tindakan susulan yang boleh dibuat adalah dengan memantau perkembangan keluarga Pak Aq. Yang lebih penting ialah memastikan sampah mereka diuruskan dengan baik supaya keadaan rumah lebih kemas dan tersusun. Jika tidak ianya akan mengundang ketidak selesaan masyarakat setempat ditempat baharu.

Kepada semua netizen, dengan tamatnya isu ini marilah sama-sama kita mengharmonikan suasana yang ada. Tanpa menunding jari menyalahkan sesiapa, perbaikilah suasana yang ada.

Ustaz Ebit Liew dengan agensi-agensi kebajikan dan zakat tiada sebarang khilaf, tetapi hanya komen sebahagian netizen yang mencurah petrol untuk menghangatkan suasana.

Semoga Allah merahmati kita.


----

Namun kisah ini tidak tamat disini. Serangan ke atas Ustaz Ebit Lew berterusan, kali ini membabitkan kumpulan agamawan. Bersambung di bahagian ketiga.