Masak Lemang Dalam Tin Minuman Tidak Selamat, Undang Risiko Kesihatan.
KESIHATAN | Ini ada info kesihatan. Dari Food Safety Malaysia.
Gara-gara viralnya resepi memasak lemang dalam tin minuman di sosial media sebelum ini.
Rupa-rupanya memasak lemang dalam tin adalah tidak selamat, dalam erti kata lain ia sebenarnya berbahaya pada kesihatan kita.
Ringkasannya;
Tin minuman tak selamat digunakan untuk memasak makanan apatah lagi jika dimasak pada suhu yang tinggi. Bahan makanan itu akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin tersebut.
Dan kesannya, akan berlaku pencemaran kimia pada makanan. Lepas tu? Hah, makanan yang tercemar itu akan membahayakan kesihatan masing-masing.
Bukan kata lemang je. Apa-apa jenis makanan pun tak boleh dimasak bersama tin minuman. Ingat ye, kata kuncinya TIN MINUMAN. Jangan buat lekeh pula dengan tanya soalan bukan-bukan.
Oleh itu, jangan sesekali buat perkara ini dan sampaikan juga maklumat ini pada orang lain. Rasanya ramai lagi yang tak tahu bahaya masak dalam tin minuman. Apatah lagi resepi lemang dalam tin tu viral habis. - 28 April 2020.