t>

Breaking News

#PKP Jangan Jadi Jiran Busuk Hati, Report Jiran Meniaga Depan Rumah..

Viral | Beberapa hari lepas ada penulis kongsikan cerita sedih pengalaman B40 meniaga depan rumah. Kali ini kisah lebih kurang sama berlaku lagi.

Bacalah luahan dari Saiful Bahari ini;

Janganlah buat main perasaan orang,

Rezeki orang tu berlainan, usah jadi nila di setiap balang susu.

Aku tak faham dan sedih apa yang aku hadapi nie.

Walaupun kau rasa kau dah jalankan tanggungjawab sebagai “hero rakyat” tapi kau sedar tak kau tutup rezeki orang.

Gambar hiasan

Selama nie pernah kau tahu keadaan dia?

Kau tak tahu keadaan dia macam mana kan?

Sebab kau tak pernah ambil tahu pun. Apa yang kau tahu diri kau sorang je selamat.

Sedihnya.

Terjadi depan mata,

Jiran aku hilang mata pencarian kerana PKP, dia peniaga pasar malam. Akur dengan keadaan maka jiran aku nie mula berniaga dari rumah je.

Ambil order samada orang datang rumah ambil atau dia buat delivery.

Tapi malangnya, aktiviti perniagannya tu terhalang sebab ada sorang jiran nie buat aduan.

Mengatakan jiran aku nie berniaga membuatkan orang tak jaga jarak, ramai crowd bagai.

Ya Tuhan, aku sendiri salah seorang pelanggan.

Takdelah ramai mana, dalam satu masa dalam 5 orang macam tu.

Semuanya jaga jarak, pakai mask. Semua tahu aturan. Takde pulak dul sembang melepak.

Tapi itulah, sakit mata agaknya.

Maka terhentilah perniagaanya kerana telah diberi amaran pihak majlis dan polis.

Bila jadi macam nie, ramailah geram nak tahu si polan mana yang buat aniaya macam nie.

Jiran aku terus langsung hilang punca pencarian nie. Perasan dia mencari bantuan-bantuan yang ada untuk terus tidak berlapar.

Kasihan pada isteri dan anak anaknya.

Ada jugalah dalam taman nie menghulur bantuan pada dia. Bantu sesama kita kan.

Itu pun kita semua bantu sekadar mampu. Memasing pun struggle juga.

Akhirnya bocor siapa punya aduan.

Yeah, dia seorang pejawat awam. Maaf bukan aku nak burukkan penjawat awam.

Tapi kerana dia nie rosaklah nama penjawat awam.

Dia pernah bagitau seronok pkp tak de kerja apa pun, gaji masuk macam biasa. Dapat perlepasan itu ini. Bukan cikgu, jadi memang takde lah pening kena buat kelas online.

Seorang penjawat awam disalah satu jabatan yang memang takde kerja apa perlu dibuat.

Hanya goyang kaki sahaja katanya.

Siapa je tak terasa hati?

Kau duduk relax dapat gaji hujung bulan,

Jiran sorang harapkan gaji dari jualan yang dibuat.

Tapi kau nak jaga “keselamatan” kononnya, akhirnya jiran kau tu terpaksa message orang sana sini minta bantuan.

Ada kau fikir?

Yang kau tahu melenting dalam group sebab cadangan potong gaji penjawat awam.

Kemain kau kuat lantang bersuara kononnya tiada hak kacau penjawat awam. Semua orang susah kau cakap.

Tapi kau tak sedar semua orang tahu keadaan kau dan apa kau dah buat.

Sampai hilang mata pencarian jiran kau pun kau tak nampak

Entahlah aku hilang kata.

Janganlah salahkan kami kalau kami bersetuju penjawat awam harus dipotong gaji.

Sebab orang macam kau lah merosakkan nama penjawat awam lainnya.

Kalau ikut hati nak ajer serang rumah kau.

Mentang-mentang rumah besar sedikit, kedudukan kewangan oke. Kau action dengan kejiranan kau.

Sampaikan orang nak berniaga dalam group taman pun takut takut. Sebabnya kena report juga tak memasal.

Takpelah. Moga kau diberi kesedaran nanti. Harap lepas nie jagalah perasaan kami semua.

Hidup berjiran nie hidup bermasyarakat. Bantu membantu. Bukan saling dengki mendengki.

Hmm. Rasa tak terluah lagi nie. Banyak betul rasa nak cakap tapi terungkap.

Sabarlah wahai hati.

Saiful Bahari
Sedih dan geram