t>

Breaking News

SENIMAN Padam POST dan Sekarang Mendakwa Ia Adalah FAKE NEWS.

SOSMED | Facebook Persatuan Seniman Malaysia dan Twitter rasmi mereka kini menjadi sasaran serangan netizens yang kemarahan akibat dikutuk sebagai celaka dan low IQ oleh artis-artis yang bernaung dibawah SENIMAN.

21,000 komen mengecam SENIMAN di Facebook sahaja kerana berkata begini :

"Pihak SENIMAN telah membuat laporan polis melalui wakilnya terhadap seorang artis yang membuat video hasutan dan kencaman terhadap industri seni malaysia.

Melalui video berkenaan artis tersebut menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan paid review melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai penggiat seni terutamanya artis terguris dengan kenyataan dari video itu.

Segala usaha baik penggiat seni untuk membantu penggiat seni yang lain dalam perintah kawalan pegerakan (pkp) telah menjadi teruk dan di pandang negatif oleh netizen atas hasutan artis tersebut melalui video berkenaan.

Mohon jasa baik artis artis dan penggiat seni untuk membuat laporan polis dan suruhanjaya multimedia malaysia yang sama terhadap artis yang membuat video itu supaya dalam keadaan kritikal ini adalah lebih baik membuat video yang membantu kerajaan dan frontliner utk menghapuskan covid 19 dari menghasut masyarakat untuk membuat pekara yang tidak baik yang boleh mengugat perpaduan industri seni dan mengugat ketenteraman awam.

Terima kasih,"
katanya dalam satu kenyataan.


Manakala di Instagram, ruangan komen telah ditutup. Di Twitter pula, 1,769 komen mengecam SENIMAN. Tiada walau seorang pun yang menyokong persatuan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, SENIMAN telah memadamkan kesemua post berkenaan tuntutan mereka di Instagram dan Facebook rasmi mereka.

Dan mereka berkata ia merupakan FAKE NEWS. 


Bagaimanapun netizens telah menyimpan bukti tangkaplayar kesemua tuntutan SENIMAN dan mempertikaikan tindakan SENIMAN yang menafikan kenyataan mereka sendiri.


Kenapa nak SPIN dan UTURN, soal netizens. Tinjauan kami mendapati 100% komen di post itu, mengecam SENIMAN dan meletakkan bukti yang SENIMAN benar-benar membuat tuntutan tersebut.

Manakala yang SHARE pula, SHARE dengan tujuan mengecam. - 1 April 2020.