t>

Breaking News

Netizens Lancar Perang, Seru Boikot Artis Mulut Celupar.

SOSMED | Peperangan netizens dengan kumpulan artis yang bernaung dibawah SENIMAN memasuki season two. Sebelum ini netizens mempertikaikan tindakan SENIMAN yang menuntut bantuan khusus kepada anak seni sedangkan kebanyakan rakyat tidak berbuat demikian malahan menyambut baik pengumuman TSMY mengenai Bantuan Prihatin Negara (BPN seterusnya).

Mereka mengkritik Zed Zaidi dan SENIMAN yang dianggap keterlaluan dan berlebihan dalam membuat tuntutan sedangkan mereka bukanlah barisan hadapan yang bertugas memerangi covid19.

Barisan hadapan yang memerangi covid19 pun hanyalah mendapat elaun tambahan sekitar RM200 hingga RM600. Jauh berbeza dengan tuntutan SENIMAN.

Bahkan mereka beranggapan air mineral berupa barangan keperluan. 

Beberapa artis kemudiannya tampil membela SENIMAN namun dikecam netizens.

Selepas itu artis tersebut, Tomok, Achey, Black dan Shuib membuat permohonan maaf. Namun, rupa-rupanya, cerita ini belum tamat lagi.


Zed Zaidi dan artis SENIMAN ini secara aktifnya berbual mengenai tuntutan mereka dalam group TELEGRAM yang akhirnya dikantoikan oleh Zarina Anjoulie bersama kekasihnya.


Tangkaplayar beberapa komen selebriti yang mengecam netizens sebagai lembu, low IQ, celaka, membuatkan netizens berasa marah, geram dan sakit hati kerana dilabel sedemikian rupa. 

Mereka kemudiannya membuat kempen. Dengan menyeru rakyat Malaysia memboikot artis-artis yang berada dalam group Telegram itu.


Beberapa poster yang menyeru kepada kempen boikot itu juga dibuat dan menjadi tular di laman sosial.

Sementara itu, Telegram yang menghimpunkan netizens seluruh negara kerana marahkan kumpulan retis itu kini mencecah 93,588 orang. Telegram itu baru sahaja dibuat semalam.

Mereka turut menyenaraikan nama artis yang perlu diboikot seperti berikut;

Senarai Artis/Influencer Nangoi

1. Zed Zaidi
2. Fauziah Ahmad Daud
3. Amyza Adnan
4. Ifa Raziah
5. Didi Alias
6. Emelda Rose
7. Azrul Zaidi
8. Vivy Yusof
9. Aleeya Zailan
10. Khai & Rosma
11. Caprice
12. Black Mentor
13. Achey
14. Shuib
15. Tomok
16. Fizo Omar
17. Anne Abdullah
18. Lydiawati Saimon
19. Nabil Ahmad
20. Aidil ghafar
21. Sakinah
22. Hairul azreen
23. Fara mendoza
24. Azrul raja lawak
25. Mac rahayu
26. Ani mayuni
27. Riezman khuzaimi


Ini adalah kali pertama netizens bergaduh dengan persatuan retis seperti SENIMAN. Sebelum ini Zed Zaidi hanya dikritik secara individu dan bukannya secara organisasi.

SENIMAN pada itu mengesahkan akan mengambil tindakan terhadap Zarina Anjoulie kerana dianggap telah mendorong netizens untuk mengecam SENIMAN dan artis yang menuntut bantuan khusus dari kerajaan.

Sedikit info, netizens hanya mempersoalkan kenapa SENIMAN merasakan mereka wajar mendapatkan bantuan khusus sedangkan B40 dan M40 turut mengalami kesusahan yang sama, seperti kumpulan artis ini. Oleh kerana kerajaan telah menyediakan BPN, kenapa SENIMAN merasakan BPN itu not their level untuk apply bantuan padahal golongan artis juga layak memohon. - 1 April 2020.