t>

Breaking News

Video Itu Bukan Troll Ustaz Ebit Liew, Tindakan Undang-Undang Untuk Penyebar Fitnah.

SOSMED | Individu yang terlibat dalam pembikinan video viral yang dikatakan menyindir pihak tertentu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap netizens yang menfitnah mereka troll Ustaz Ebit Liew.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh Fitri Termizi di Facebooknya petang tadi.

Menurut Fitri, pihaknya tidak pernah mengatakan video yang dilakonnya itu adalah untuk menyindir Ustaz Ebit Liew.

Sebaliknya ia hanya memaparkan kisah umum masyarakat Malaysia baik dikalangan penderma mahupun penerima.

"Ini adalah kisah di sebalik kisah antara mereka yang memberi dan menerima yang terjadi pada hari ini di mana ada di kalangan mereka yang memberi mempunyai niat baik serta buruk, begitu juga ada di kalangan penerima yang mempunyai sikap mengambil kesempatan," katanya dalam kenyataan itu.

Berikut adalah kenyataan penuh;

Pihak Kucing Media di maklumkan bahawa video sketsa terbitan kami telah menjadi tular sejak kelmarin yang telah menimbulkan komen-komen kecaman netizen kerana mengatakan video lakonan tersebut di kaitkan dengan Ustaz Ebit Liew.

Berhubung dengan itu pihak kami ingin memaklumkan bahawa video sketsa tersebut tidak ada kena mengena dengan mana mana individu dan ianya adalah secara umum kisah kehidupan yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Bukan hanya Ustaz Ebit Liew sahaja di negara ini membuat kebajikan terhadap orang miskin malah ianya juga telah di lakukan oleh banyak pihak sama ada NGO, ahli politik, artis, orang perseorangan dan lain lain lagi.

Ini adalah kisah di sebalik kisah antara mereka yang memberi dan menerima yang terjadi pada hari ini di mana ada di kalangan mereka yang memberi mempunyai niat baik serta buruk, begitu juga ada di kalangan penerima yang mempunyai sikap mengambil kesempatan.

Pada penghujung video tersebut juga telah dijelaskan tentang perkara tersebut dan tidak ada lansung menyebut nama mana-mana individu apatah lagi nama ustaz Ebit Liew seperti mana di dakwa oleh netizen.

Video tersebut adalah di tujukan kepada penerima yang mengambil kesempatan terhadap sumbangan orang ramai seperti menipu tidak pernah menerima apa apa sumbangan, menjual hasil sumbangan dan mengunakan sumbangan untuk berjudi.

Tidak ada satu babak pun yang boleh di kaitan dengan sindiran terhadap orang watak yang membuat sumbangan tetapi telah di manipulasikan oleh netizen dengan menuduh video tersebut bertujuan untuk menyindir Ustaz Ebit Liew.

Maka pihak kami telah meneliti dan menyimpan semua komen dan posting fitnah tersebut untuk pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat tuduhan fitnah kepada kami dengan mengaitkan video ini dengan Ustaz Ebit Liew. - 24 April 2020.