Kronologi Group Masak Apa Tak Jadi, Pau Hitam Dan Laporan Polis.
SOSMED | Sejak beberapa hari lepas, heboh sungguh kewujudan group baru di Facebook yang diberikan nama Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official.
Group yang ditubuhkan pada minggu lepas itu kini telah mencecah lebih dari sejuta followers, iaitu 1,359, 895.
Di group itu, ahli akan berkongsikan masakan mereka yang tak jadi pada hari itu (ataupun pada hari lain) dan sama-sama mengulas mengenai masakan yang tak jadi itu.
Maka, salah seorang pengikutnya, yang dikenali sebagai Shana Rosly juga berkongsikan masakannya yang tak jadi di group itu.
Post di atas adalah post dari Shana Rosly yang kemudiannya menjadi tular di sosmed.
Kebanyakan netizens mempersendakan post itu bukanlah kerana masakan tak jadi itu kelakar sebaliknya mereka mempertikaikan kenapa seseorang yang sudah punya pengalaman selama 14 tahun boleh masak pau sehingga hangus hitam. Dan rentetan dari itu, semakin ramai yang mempertikaikan tuan punya post dan beranggapan post-post di group itu sudah tidak lagi kelakar berbanding di awal-awal penubuhannya dulu.
Mereka beranggapan terdapat sesetengah pihak yang try hard untuk merosakkan makanan, dan upload di Facebook untuk memastikan boleh dipostkan ke group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, yang membuatkan ia tak lagi lucu.
Adapun, setelah menerima kecaman netizens, Shana Rosly kemudiannya membuat laporan polis.
Menurut Shana, beliau membuat laporan polis kerana telah menerima komen bukan-bukan dan penghinaan di post masak pau sehingga hangus.
"Tujuan saya masukkan gambar tersebut adalah sekadar untuk berkongsi bukannya untuk menerima hinaan seperti berikut. Tujuan saya membuat laporan polis adalah untuk mina mereka memohon maaf secara terbuka dan untuk rujukan pihak berkenaan," katanya dalam laporan polis yang tular itu.
Salah seorang individu yang turut dinamakan dalam laporan polis itu juga ada membuat kenyataan balas.
Individu yang dikenali sebagai Mohd Faizal itu menafikan beliau menghina Shana dan masakannya.
"Mula-mula dia 'cuba keras' untuk upload kebodohan dia kat sosmed sambil ayat terakhir tu dia cakap "sape gelak tiakk itam ekk" bersertakan emoji gelak 😂😂
Itu bermakna secara tidak langsung, ketiak dia pun hitam, sebab dia pun tergelak sama - ini fakta. (Gambar 1)
Lepas itu bila ramai yang gelakkan kebodohan dia yang kononnya sudah 14 tahun buat pau tu, dia sentap pulak bila orang lain kata ketiak dia hitam, terus dia buat laporan polis pasal tak tahan kena gelak pau/ketiak dia hitam. (Gambar 2).
Sampai abam yang tolong back up dia pun, dia masukkan nama dalam report tu untuk dia tuntut mohon maaf. 🤦🏼♂️ (Gambar 3).
P/s : abam nak kena gelabah ke macam mana ni? 🤣🤣🤣," katanya dalam kenyataan itu.
Bagaimanapun respon balas yang diterima oleh Shana hanya membuatkan wanita itu dikecam lebih teruk oleh warganet. Rata-ratanya mengkritik dan menyindir wanita itu di sosial media termasuklah di akaun Facebooknya.
Shana sebelum ini mempertahankan dirinya bahawa masakan pau yang tak jadi itu adalah benar dan bukanlah bertujuan marketing.
"Kadang-kadang ada hari juga kita kecundang. Ada yang kata makcik buat marketing, menipu la...macam-macam lagi.
Ta akan la saja-saja makcik nak hanguskan barang makan tu... Dengan periuk kukus kat umah tu dengan sengaja... Allah...kita up kat group tu untuk syok-syok gelak, tapi banyak yang kecam, sakit hati kat mana taktau," jelasnya selepas menerima kecaman netizens bertubi-tubi.
Setakat ini, netizens nampaknya, masih lagi memilih untuk tidak mempercayai kenyataan Shana Rosly melihatkan kepada respon yang diterima oleh wanita itu di Facebooknya. - 23 April 2020.