t>

Breaking News

#Covid19, Dua Ahli Parlimen Dikuarantin Kerana Kontak Rapat.

Berita | Dua ahli Parlimen sedang dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menjelang persidangan Parlimen esok.


Beliau memaklumkan perkembangan itu semasa melaporkan hasil saringan Covid-19 ke atas 220 ahli Dewan Rakyat dan 730 warga kerja Parlimen pada sidang media hari ini.

Semua yang berkenaan didapati negatif.

“8 warga kerja Parlimen tidak hadir dalam ujian saringan,” katanya
Semua wakil rakyat dan kakitangan Parlimen dikehendaki menjalani saringan Covid-19 sebelum Majlis Mesyuarat Pertama Penggal ke-3 Parlimen ke-14 berlangsung esok.
Ia hanya akan berlangsung selama sehari, atas keputusan kerajaan berdasarkan keadaan semasa, dengan hanya pembacaan titah diraja istiadat pembukaan penggal Parlimen oleh Agong pada 10 pagi.
Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara, dengan 61 ahlinya, akan bersidang serentak untuk istiadat itu, dan tiada sidang selepas titah diraja. - 17 Mei 2020 (Free Malaysia Today).