Sehari Sebelum Raya, Gaji Masih Tak Dapat, Ini Luahan Sedih Penulis Teater Korupsi Dewan Senandung Kepada Ogy.
Viral | Krisis yang melibatkan penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Senandung, Aloy Paradoks dengan artis dan pengarah veteran Ogy Ahmad Daud nampaknya semakin memuncak.
Isu kegagalan membayar tunggakan gaji yang hangat diperkatakan pada awal bulan Mei hari itu belum lagi berjaya diselesaikan meskipun berbaki satu hari lagi sebelum menjelangnya hari raya.
Baca luahan Aloy disini;
Oleh : Aloy Paradoks - Full
Perbuatan Kak Ogy benar-benar melukakan hati saya. Menghilang rasa hormat saya kepada beliau sekaligus membuatkan saya terfikir, “Oh Demi Tuhan Sandiwara, dia rupanya memang benar seorang pelakon yang sangat-sangat luar biasa hebat”. Lakonan adalah darah dagingnya dan telah sebati tak dapat dipisahkan lagi – setumbuk bagai gelang, sejodoh bagai cincin.
Saudara, kenapa saya bertindak menghebahkan hal ini? malah menjadi orang yang pertama.
Ini kerana ketika itu keadaan saya begitu mendesak dari segi kewangan. Kerja dah lama selesai, job dah beberapa ditolak. Isteri saya suri rumah sepenuh masa, kerana sewaktu anak kami lahir, ditakdirkan anak kami mengalami sawan tangis peringkat pertengahan. Menangis je malam-malam. Jadi, isteri berhenti kerja dan jaga anak merupakan solusi terbaik. Dalam masa yang sama saya turut perlu mengirim wang kepada ibu saya yang telah uzur di kampung dan ibu mertua saya.
Kedua, semakin hari saya mendengar makin banyak cerita yang tidak elok berkenaan Kak Ogy dari projek-projek dia yang lepas membabitkan soal membayar orang. Namun saya tidak pasti kesahihannya, tetapi jika benar apa yang sampai ke telinga saya, saya khuatir kalau-kalau saya dan rakan-rakan dalam produksi teater Korupsi Dewan Semandung, adalah next mangsa, gila ni – namun saya tak pasti tentang hal itu (sama seperti Khir Rahman, saya masih simpan pelbagai cerita dan belum sedia dedahkan demi kemashalatan ummah – jika benarlah).
Pernahkah saya lambat dibayar untuk kerja-kerja saya sebelum ini? Pernah. Namun mengapa saya diam? Jawapannya ialah kerana saya masih boleh nampak wujudnya sinar. Production kata “maaf kita tunggu payment dari pihak stesen ye” ataupun, “bro, aku tunggu funder balik dari Jerman nanti dia sign cheque, clear je aku bayaq hang terus”.
“Baik… faham… roger and out!” Balas saya. Lalu saya pun duduk berteleku di bucu katil sambil mengusap dan mencium dahi anak.
Namun yang ini, semakin hari sinar itu makin kelam, lama-lama menghilang. Saya dah tak nampak sebarang sinar. Dan lazimnya jika begitu, akan nanti… nanti… dan nanti… sampai kita fedap dan senyap, akhirnya melupakan. Melupakannya bagai jenazah pendosa di kuburan sepi.
Orang melihat saya dan rakan-rakan menjadikan Kak Ogy sebagai mangsa dengan menuntut gaji hasil kerja kami, "tak sabar-sabar, kan orang tu tengah cari duit, hang pun", kata mereka. Namun tahukah anda tanpa anda sedar, berapa ramai kami ini yang menjadi mangsa dan mendiamkan sekian lama?
Saudara… yang kami minta itu ialah gaji kami. SEMUA kami terutamanya tenaga kreatif belakang tabir, hidup kami berdasarkan dari job ke job, putus job putus harapan – begitu juga dengan artis, pun bukan orang senang, sentiasa mengharap job untuk makan hari-hari. Kami semua sama.
Di belakang Production Manager itu, berpuluh orang yang dia kena hadap setiap hari meminta gaji. Awak tu, yang kalau bos lambat bayar gaji 1 haribulan ke 3 haribulan pun dah sebeban awak maki, inikan pula mereka yang dah lebih lama dari itu. Tak cukup sabar lagi ke mereka ini?
Akak Catering pula yang haritu seronok sebab dapat buat projek dengan Kak Ogy, akhirnya dia dah habis modal nak buat rolling (kata mereka Akak Catering ialah Ibu Tunggal – saya tak sempat nak pastikan hal itu).
Manakala pihak sinografer pula, duit dia dah kering beli barang untuk bina set. Yang mana modal untuk bina set sepatutnya dikeluarkan oleh pihak Kak Ogy, tapi sebab Kak Ogy berjanji boleh bayar, Sinografer dulukan modal dia, beli semua barang, besi, kayu kayan dan lain lain – itu kita belum kira gaji sinografer lagi dengan anak-anak buah dia.
Keegoan Kak Ogy tiada batasnya, lihatlah betapa bangganya dia dengan 30% yang di dah bayar kepada saya sebagai deposit dulu. 30% yang dibahagi dua dengan co writer tu brader, gua bayar sewa rumah, beli barang dapur dah habis – lepas tu kami hibernate tolak job lain, tulis teater ni sampai siap.
Dan lagi sekali keegoan Kak Ogy terbukti bila betapa megahnya dia berkata dah membayar 6 Orang – dan ini semua walaupun bukan salah dia, namun dia tetap ambil tanggungjawab itu.
Bongkok baru betul
Buta baru celik
Bingung tak dapat di ajar
Cerdik tak dapat diikut
Jika ini semua bukan salah dia, salah siapa? Adakah salah Yudas Iscariot kerana mengkhiati Nabi Isa? Atau salah Zainab Al Harith kerana meracun Nabi? Bukan kan? Jadi salah siapa?
Sebaik dikatakan jualan pes kari memberangkan saya amat teruja, dan saya pasti saya akan mendapat bayaran saya – jadi bolehlah saya kirim wang pada Mama dan Mak untuk hari raya. Bolehlah saya beli baju baru untuk anak saya, dan sepasang kurung nan biru buat isteri, serta kuih tat dan sedikit lemang.
Tambah-tambah mengenangkan sayalah orang pertama yang selesai kerja dahulu. Dengan skrip yang siap saya tulis itulah production berlatih, bertukang dan merancang segala-galanya untuk show. Jadi pasti saya akan mendapat bayaran paling terkedepan. Jangkaan saya.
Namun saya terlalu bercita-cita tinggi nampaknya. Saya terlupa, sayalah juga orang pertama yang bersuara secara umum. Mungkin boleh jadi, inilah hukuman untuk saya dan keluarga.
Namun syukur, ada 6 orang dah dibayar, iaitu selepas isu ini kecoh. Persoalannya, jika tak kecoh hari tu, akan adakah orang yang akan dibayar? Sebab dah kecoh pun baru hanya 6 orang dibayar kan? Selepas ini, bagaimana pulalah nasib kami yang lain?
Saya membuat teater dari kelompok yang kecil, bermula di Stor Teater DBP. Dengan idea keuntungan bersama, hasil jualan tiket saya kongsikan dengan semua tenaga produksi mengikut tugasan – merekalah rakan kongsi saya.
Dari situ lama kelamaan saya mendapat tajaan (tanpa saya meminta), bila ada pihak pihak yang sedar bakat dan kehadiran saya. Maka saya boleh meletakkan satu jumlah dalam perjanjian apabila memanggil tenaga produksi terlibat projek di bawah arahan saya.
Saya ikut kemampuan bajet. Boleh bayar pelakon 3 orang, saya panggil pelakon dua orang, satu lagi watak saya lakon sendiri. Boleh sewa lampu 10 biji, saya sewa 6 biji. Lebihan wang nanti, saya buat makan-makan masa bayar gaji semua orang. Mudah kata, jangan berbelanja lebih dari modal yang sedia ada. Itu asas orang berniaga.
Sebelum berjanji akan gaji, saya juga kira berapa banyak kerusi ada dalam panggung, kerusi rosak satu pun saya rekodkan.
Kemudian saya darabkan harga tiket dengan jumlah show yang saya andaikan full house. Ini kerana saya mengikut track record projek-projek sebelumnya, jadi saya yakin akan full house – bukanlah saya main belasah je kata boleh ni, boleh full house ni. Jadi saya tahu kemampuan modal saya dan jangkaan lojik kemampuan hasil jualan tiket nanti.
Kali terakhir saya terbitkan teater sendiri (skala sederhana) ialah pada tahun 2014 iaitu Neo Romantik di Damansara Performing Arts Centre. Selepas itu saya berhenti menerbitkan teater sendiri. Kerana memang makin ramai mahu mendanai saya, namun kami gagal mencapai persetujuan. Permulaan berjanji sekian jumlah tajaan, namun meeting terakhir sebelum latihan, budget terpaksa dikurangkan sedikit.
Saya menarik diri, kerana saya tahu jika saya teruskan, saya akan mendatangkan kesusahan pada ahli produksi. Dan andaikan jika saya teruskan juga demi maruah dan ego saya, bila saya gagal membayar nanti, salah siapa itu? Masih salah Yudas Iscariot?
Sekarang saya tidak lagi melihat isu ini sebagai isu peribadi saya sahaja. Ini ialah isu industri, isu kawan-kawan penggiat seni yang lain. JIKA BENAR (saya tak pasti) ini bukan kali pertama Kak Ogy berbuat begini, berapa ramai lagi akan menjadi mangsa? Berapa ramai lagi kawan-kawan saya akan kecewa dalam bidang ini? Jujur dari sudut hati saya paling dalam, saya tak mahu kawan-kawan penggiat seni yang lain menerima nasib yang sama.
Teater ialah bidang yang paling saya cintai sepenuh hati dan raga saya – tiada kesangsian. Air mata saya, keringat saya tumpah untuk teater sekian lama. Saya tidur di surau, homeless merempat tak ada rumah demi untuk belajar teater, saya berlapar tak mampu beli makanan, berseluar koyak tak mampu beli pakaian, ialah sebab saya nak belajar teater.
Sejauh mana saya pergi sebagai seorang publisher, hingga akhirnya saya tersungkur dan menjadi penjual air jagung tepi jalan, teater – penulisan – lakonan, ialah jiwa yang saya pendam. Jadi betapa kecewanya saya bila perjuangan saya dalam hal kecintaan dikhianati, hanya Tuhan dan Rasul yang mengerti.
Tak perlu saya pertikaikan kenapa buat projek gah di Istana Budaya, dengan tenaga produksi yang besar tetapi show hanya tiga malam, dari mana conggak-conggak nak datang untung?
Tak perlu saya persoalkan dan hurai panjang tentang itu. Itu percaturan Kak Ogy.
Tak perlu saya huraikan hujah jika tiada funder kenapa teruskan projek? Sebab kita semua sedia maklum, duit dah pasti di tangan, baru panggil orang – semua penerbit berjaya tahu itulah caranya, itu percaturan Kak Ogy.
Tak perlu saya persoalkan duit seringgit belanja tiga ringgit, itu percaturan Kak Ogy.
Tak perlu saya persoalkan kenapa dah habis projek, bila orang bising baru cari modal dengan menjual sambal untuk cover kos? Itu percaturan Kak Ogy.
Masih salah Yudas? Ke Zainab Al-Harith?
Dan jika ada pendapat “Saya bukan producer kaya”, jawapan saya ialah ; Kak Ogy seorang pelakon hebat. Berlakon dari kecil hinggalah sekarang, ye maksud saya hingga sekarang ni. Tapi sayang, Kakak terlupa perkara paling asas dalam lakonan, iaitu SEDAR DIRI DAN SEDAR RUANG. Itulah asas dalam lakonan saudara dan saudari.
Saya akan terus bersuara walaupun mungkin suara saya, pada suatu tahap tidak akan ada siapa yang peduli lagi nanti. Siapa lagi saya nak harapkan? Bukan semua orang berani nak lawan Kak Ogy.
Nak harapkan Dr Maza bersuara pun, saya tahu dia ada urusan agama yang penting dalam negara nak difikirkan. Walaupun sebelum ini Dr Maza kerap bersuara tentang isu korupsi, namun mungkin isu ini tidak seberat hal-hal yang lebih perlu dia utamakan. Atau, mungkin juga Dr Maza dah terima bayaran dia. Atau mungkin Dr Maza dah halalkan saja, atau apa apa sajalah.
Untuk isteri saya, saya dah pesan “Tahun ni awak dan anak tak payah baju raya ye, lagipun bukan boleh berjalan, jahat Covid ni. Kita dulukan duit belanja Mak dan Mama macam biasa”. Isteri saya senyum, angguk dan pandang anak kami. Yang mana saya tahu senyuman dan persetujuan dia itu ialah sesuatu yang benar, bukan lakonan.