t>

Breaking News

Perceraian Da'i Farhan Dan Dr Erin Membuktikan Kifarah Itu Wujud Kata Netizens.

HIBURAN | Isteri kedua Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40 atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin mengesahkan beliau dan Da'i Farhan telah pun bercerai pada bulan lepas.

Erin membuat pengakuan tersebut di akaun Instagramnya malam tadi dan mendapat perhatian ramai netizens.


Perkahwinan kedua Da'i Farhan menjadi sensasi disebabkan beliau menikah di Mekah dan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang mengandungkan anak kedua melalui WhatsApp.

Da'i Farhan menyifatkan perkahwinannya dengan Erin adalah kerana aura ke 19 yang seterusnya menjadi bahan troll oleh netizens.

Menurut Erin beliau yang meminta perceraian dari Da'i Farhan kerana tidak mahu membuatkan bekas suaminya itu serba salah memilih antara bersama anak-anaknya ataupun dirinya.



"Pada 11 Februari lalu, saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia tak akan bagi anak dia bermadu.

Sebab terlalu sayangkan ustaz saya cakap pada ustaz jom bawa saya balik jumpa mak ustaz dan ex madu saya untuk saya sendiri serahkan ustaz balik pada ex janji ustaz dapat bersama anak-anak dia.

Takpe, saya redha jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang dari saya tengok orang yang saya sayang susah hati rindu anak-anak baik saya mengalah so sejak dari bulan dua lagi saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi dari ustaz just tunggu masa nak diceraikan jer," jelasnya dalam kenyataan itu.

Erin juga berkata bekas madunya itu tak boleh move on maka ini adalah penyelesaian terbaik untuk semua pihak dan turut meminta maaf pada semua.


Bagaimanapun lain pula halnya dengan respon netizens di sosial media.

Boleh dikatakan majoriti netizens tertawakan perceraian tersebut dan beranggapan ia adalah balasan untuk kedua-dua pihak, samada Dr Erin mahupun Da'i Farhan.

Sebagai rekod, Da'i Farhan menceraikan Dr Erin pada 27 April 2020 melalui WhatsApp dan ketika ini Dr. Erin juga mengesahkan dirinya mengandung, sama seperti yang dilalui oleh bekas isteri pertama Da'i Farhan.

Bagi netizens, mereka beranggapan ia adalah karma ke atas Dr. Erin dan Da'i Farhan.

Kifarah itu pasti - Shamim..


Dan-dan salahkan sebelah sana tak boleh move on  - Sue..



Dah memang hobi dia ceraikan bini masa mengandung - Surianiee..



Sebenarnya, majoriti netizens memandang sinis akan perkahwinan Dr. Erin dan Da'i Farhan akan bertahan lama. Nampaknya sindiran netizens pada tahun lepas itu terbukti benar. - 6 Mei 2020.