t>

Breaking News

Kelebihan Menyimpan (Gadai) Emas Di Ar Rahnu Berbanding Kedai Pajak Gadai Biasa.

SOSMED | Dua tiga hari ini tular di sosial media beberapa gambar rakyat Malaysia yang berbaris di kedai pajak gadai sebaik sahaja PKP dilonggarkan.




Gambar-gambar itu mengundang pelbagai persepsi dikalangan netizens.

Ada yang beranggapan rakyat tiada wang disebabkan tidak bekerja di musim PKP fasa satu hingga tiga.

Dan ada juga yang beranggapan rakyat sebenarnya beratur nak bayar upah simpan.

Bagaimanapun, pakar kewangan Azizul Azli Ahmad ada pendapat yang berbeza. Beliau melihat sikap rakyat yang gemar mengadai di kedai pajak gadai biasa adalah merugikan pemilik emas itu sendiri.

Menurut Azizul;

- Pajak di Ar Rahnu lebih menguntungkan pemilik emas kerana emas dinilai antara 65%- 70% dari harga pasaran semasa. Ini berbeza di pajak gadai konvensional yang hanya menilai emas itu pada sekitar 30%-45% dari nilai barang.

- Faedah di pajak gadai biasa pula adalah 2% sebulan persamaan 24% setahun. Ianya mahal.

- Adakalanya, pajak gadai ini tidak timbang berat emas tersebut, dan ramai juga yang mengadu berat emas semakin susut semasa dituntut.

- Satu lagi fakta yang dikongsikan tuan Azizul adalah,andaikata emas yang disimpan itu hilang, berlakunya rompakan, mahupun kebakaran, kedai pajak hanya membayar nilai 25% sahaja dari emas tersebut.

- Jika terlelong barang kemas yang kita gadaikan tu, dan ada pula lebihan dari nilai yang kita pinjam, selalunya kedai pajak gadai tidak berikan baki itu kepada kita. Mereka diam diamkan sahaja.


- Ini berbeza dari Ar Rahnu yang dikawalselia dengan SOP dan tatakerja yang ketat.

- Selain dari patuh syariah, ia juga sebenarnya tak merugikan kita. Setiap Ar Rahnu juga akan maklumkan pada pelanggan tarikh tamat tempoh simpan supaya pelanggan sedar dan menuntut emas mereka. Maknanya, mereka tidak akan melelong suka-suka melainkan tempoh yang mereka berikan tu, pelanggan abaikan berbulan-bulan lamanya. Bukannya terus tamat tempoh simpan dan lelong tau.

- Menurut Tuan Azizul lagi, di Pejabat Pos Besar pun ada Ar Rahnu.  

Ada juga pihak yang memandang sinis akan nasihat ini dan beranggapan, eley, sikit-sikit nak kondem bisnes orang lain. Bukan macam tu sebetulnya. Jika nak kondem bisnes yang bagus, wajarlah orang kita memandang negatif.

Tetapi ini kita bercakap pasal manipulasi, ambil keuntungan berlebihan, menipu dan memperdayakan pelanggan.

Pelanggan perlu difahamkan dengan perkara sebenarnya dan seterusnya membuat pilihan yang tepat, demi kebaikan mereka juga. Jadi, jangan suka-suka nak tuduh orang lain dengki ya. - 5 Mei 2020.