t>

Breaking News

Cerita Sebenar Lelaki Yang Ke Balai Polis Sentul.

SOSMED | Nampaknya hari ini tular kisah seorang pakcik yang dikatakan warganegara dan berketurunan india muslim telah merayau-rayau ke sana ke mari sehingga menyebabkan Balai Polis Sentul ditutup.

Disebabkan cerita yang tular itu, pakcik tersebut telah dikecam oleh netizens. Netizens beranggapan pakcik tersebut telah melanggar arahan kuaratin. Netizens juga beranggapan pakcik tersebut telah menanggalkan gelang pink yang dipakainya.

Adakah itu adalah cerita yang sebenar?

Tidak.

Berdasarkan laporan media ;

1. Lelaki itu berusia 81 tahun dan merupakan pesakit biasa yang pernah dirawat dan dimasukkan ke dalam wad Hospital Kuala Lumpur (HKL selepas ini).

2. Gelang yang dipakainya itu bukanlah gelang kuaratin. Sebaliknya adalah gelang berwarna merah yang membawa maksud : RISK OF FALL.

3. Pakcik tu sebenarnya telah ke masjid untuk menunaikan solat namun orang masjid tak benarkan dia masuk. Berdasarkan sebaran di sosmed, kemungkinan besar orang masjid telah tersalah sangka disebabkan pemakaian gelang dan pakcik itu yang dilihat batuk-batuk. Ringkasnya, ia sebenarnya adalah satu salah faham.

4. Pakcik itu kemudiannya ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan (kerana dihalang masuk ke masjid tadinya tu).

5. Anggota polis melihat pakcik ini batuk-batuk dan ada masalah pernafasan, apatah lagi baru keluar dari hospital. Maka Balai Polis Sentul telah menghubungi HKL bagi memaklumkan kejadian.

6. HKL kemudiannya mengarahkan Balai Polis Sentul melakukan sanitasi sebanyak 2 kali dan pada jam 4 petang, Balai Polis Sentul telah pun beroperasi sepenuhnya seperti biasa.

7. Sementara itu, HKL juga mengesahkan pakcik itu bukanlah pesakit COVID19.

Oleh itu tidak benar dakwaan yang tersebar di laman sosial. Semoga netizens berhenti menyebarkan maklumat tidak benar. Kasihanilah pakcik itu. Sudahlah tua difitnah pula. - 19 Ogos 2020.