Kerana Sering Lalu Dan Berehat Di Halaman Rumah, Kucing Ini Ditemb4k M4ti Jiran.
SEMASA | Lelaki berbangsa melayu berusia 70 tahun yang tinggal di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan dilaporkan telah menembak sampai mati kucing milik jirannya menggunakan pistol angin.
Alasan yang diberikan ialah kerana kucing tersebut sering lalu dan berehat di halaman rumahnya.
"Kejadian tembakan kucing di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan ini dilaporkan berlaku dua kali iaitu pada 1 Ogos 2020 dan terbaharu pada 17 Ogos 2020. Ia melibatkan seekor kucing mati dan seekor lagi cedera parah di kepala.
Pelaku warga emas yang berpencen ini telah dikenal pasti dan merupakan jiran terdekat pemilik kucing," memetik kenyataan dari halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia.
Memiliki senapang angin adalah kesalahan mengikut Akta Senjata Api 1971. Ini kerana senjata angin ini juga boleh mendatangkan kecederaan dan boleh membunuh.
Apatah lagi jika sengaja menggunakan senjata tersebut untuk membunuh.
Gambar-gambar kucing yang ditembak itu juga dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia.
Untuk membolehkan tindakan tegas diambil ke atas pelaku, pemilik kucing perlu membuat laporan polis. Pelaku telah melakukan dua kesalahan.
Pertama : menggunakan pistol angin untuk membunuh dan mencederakan haiwan peliharaan.
Kedua : memiliki pistol angin.
Memiliki pistol angin merupakan satu kesalahan. Pihak polis pernah melakukan operasi besar-besaran meminta pemilik menyerahkan pistol angin ataupun dirampas dan didakwa suatu ketika dahulu. - 19 Ogos 2020.