t>

Breaking News

Hikmah Disebalik Pendedahan Asri Janggut, Peniaga Akhirnya Dapat Lesen MBSA.

SEMASA | Kalau tak kerana kenyataan polis tak jaga solat, sudah pasti Asri Janggut masih dianggap hero sehingga ke hari ini. Walaupun kenyataan itu dangkal dan bersikap tuduhan membabi buta, namun Asri telah pun memohon maaf. 

Tindakan memohon maaf itu sebenarnya bukti bahawa kenyataan Asri Janggut terhadap PDRM adalah bersifat fitnah kerana itulah beliau memilih untuk tidak mempertahankannya lagi.

Disebalik kontroversi itu sebenarnya pendedahan Asri Janggut telah memberikan impak yang positif.

Selain SPRM dapat membongkarkan kegiatan rasuah dalam MBSA, masyarakat juga akhirnya difahamkan premis judi haram dan perniagaan warga asing yang melanggar syarat sebenarnya dilindungi.

Kerana itulah perniagaan mereka tak diganggu sewaktu operasi. Hanya peniaga tepi jalan, khususnya orang melayu, sahaja yang diganggu kerana apa? Kerana enggan memberikan rasuah. Ironinya, yang suka makan dan beri rasuah adalah dikalangan melayu atasan, elit dan politician. Melayu bawahan, kelas rakyat ini lebih berintergriti walaupun poketnya kosong.

Baru-baru ini ketika MBSA mengadakan sesi pertemuan para peniaga dalam program penyusunan semula peniaga dan penjaja Bandar Baru Sungai Buloh, beberapa peniaga berkongsikan cerita mereka seperti yang dilaporkan SelangorKini.

Antaranya peniaga sate yang dikenali dengan nama Tuan Ali Tuan Dahalam. Dia ini dah tiga tahun berniaga sate. Dah cuba minta lesen tapi dalam permohonan.

Tapi lepas viral je kes Asri Janggut tu, dan MBSA dikecam bertubi-tubi sehingga kena buat program bertemu peniaga, Tuan Ali pun dapat lesen menjaja.

Bukankah ini perkara yang bagus?

Yang dibawah ini namanya Ahmad Jais Abdul Jais. Dia pun dapat lesen selepas kehilangan sumber pendapatan kerana covid19. Sebelum neh dia bawa teksi sekarang meniaga air dan kuih. Juga dapat lesen.

Yang ini pula Muhammad Jamil Jalisman bersama ibunya. Sebelum ini tiada lesen. Tapi dalam program tersebut, dapat lesen dari MBSA. Sebelum ini tumpang meniaga gerai orang sekarang dah boleh meniaga kat gerai sendiri.

Dan yang ini pula Thayamani Mutamil Selvan. Dia dah empat tahun meniaga nasi campur tapi tak ada lesen. Sekarang dia dah dapat lesen. Dan tak perlu lagi meniaga dengan rasa takut-takut.

Ada bagusnya juga apa yang dilakukan oleh Asri Janggut ini. Selain masyarakat mula buka mata akan kepincangan dan kelemahan PBT, sudah sampai masanya untuk kerajaan menimbangkan cadangan pilihanraya kerajaan tempatan. 

Kalau nak tahu, inilah antara sebab-sebabnya kenapa PBT perlu dilantik berdasarkan pemilihan dan bukannya lantikan biasa. - 18 Ogos 2020.