Motor Hilang Dijumpai Dalam Masa 2 Jam Dengan GPS Tracker, Pencuri Kantoi Habis.
VIRAL | Perkara yang paling ditakuti oleh pemilik kenderaan apabila kenderaan milik mereka hilang dicuri. Rata-rata yang sering menjadi mangsa adalah pemilik motor. Dan paling sakit hati apabila motor yang dicuri itu masih ada hutang di kedai.
Berdasarkan kajian VTREC (Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad) pada tahun 2018, setiap 40 minit, satu kenderaan dilaporkan hilang.
Dan 60% kenderaan yang hilang itu adalah motorsikal.
Pada tahun 2018 sahaja, 13,340 unit kenderaan dicuri dan Selangor merupakan negeri yang paling banyak merekodkan kecurian kenderaan samada kereta mahupun motorsikal.
Selain Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan Kelantan merupakan negeri panas yang seringkali dilaporkan berlakunya kecurian motor dan kereta.
Apa yang pemilik kenderaan boleh lakukan bagi mengatasi masalah ini? Sungguh pun kehilangan boleh dicover dengan insurans tetapi ianya masih melecehkan untuk menghadapi masalah kenderaan yang dicuri apatah lagi ianya ada sentimental value pada pemilik kenderaan tersebut.
Di sosial media kini tular dengan cerita dari Wan Haziq yang berkongsikan pengalamannya kehilangan motor. Namun beliau berhasil menemui motornya semula dalam masa 2 jam dengan menggunakan GPS Tracker.
Kata Wan Haziq motornya yang dicuri dikesan berada di Bandar Kinrara 5. Dan dalam rumah pencuri tu ada 2 rangka motor Y15 yang telah dikenalpasti oleh pihak polis. Nampaknya dah banyak kali buat kerja mencuri motor ni.
Haziq turut berkongsikan kos GPS Tracker yang dipasang atas motornya.
Alat ini juga kena pasang di tempat tersorok supaya pencuri mengambil masa untuk mencabutnya. Paling tidak kita akan dapat kesan lokasi terakhir yang mana disitu boleh jadi ada saksi dan CCTV.
Boleh dipasang kat bot-bot juga katanya;
Antara kelebihan GPS Tracker yang digunakan Wan Haziq;
Selain itu Wan Haziq turut menyebarkan wajah sang pencuri motornya.
Tak pasal-pasal wajah pencuri tu jadi viral. Hah, buat lagi kerja tak senonoh. Kan dah popular satu Malaysia.
Perkongsian oleh Wan Haziq ini tular dan mendapat sambutan hangat dikalangan netizens samada di Twitter mahupun di Facebook. Terima kasih la Wan Haziq sebab bagi idea dan berkongsi cerita tentang GPS Tracker ini. Lepas ni boleh pakat-pakat simpan duit dan beli untuk diletakkan di kenderaan masing-masing. - 18 Ogos 2020.