Kronologi Krisis Sabah Sehingga Terbubarnya DUN.
KRONOLOGI | Berikut adalah kronologi politik Sabah yang membawa kepada pembubaran DUN itu;
MEI 2018
Selepas tamatnya PRU, Warisan dan BN masing-masing terikat dengan 29 kerusi. Manakala 2 lagi kerusi dimenangi STAR. STAR (Parti Solidariti Rakyat Sabah). STAR kemudiannya umumkan sokong Musa Aman sekaligus membolehkan Musa Aman mengangkat sumpah dan menjadi Ketua Menteri Sabah. Namun 2 Adun UPKO umumkan keluar parti dan disertai pula oleh enam adun BN yang lain, ini sekaligus menjatuhkan kerajaan Musa Aman dan Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang baru.
Sebagai rekod, Shafie mengangkat sumpah selepas 48 jam Musa mengangkat sumpah. Hal ini kemudiannya menjadi bahan troll netizens di laman sosial. Beberapa grafik mengenai insiden itu turut viral.
Namun, Musa tidak berdiam diri. Pada 17 Mei, Musa menfailkan writ saman untuk mencabar perlantikan Shafie dan mengesahkan kedudukannya sebagai Ketua Menteri.
Pada 25 Mei, SPRM telah menyerbu rumah Musa Aman atas siasatan rasuah.
26 Mei, Musa Aman melarikan diri ke London.
JUN 2018
1 Jun, Musa Aman disahkan melarikan diri secara haram oleh KP Imigresen. Namun pada 6 Jun, Musa Aman keluarkan kenyataan, menafikan beliau melarikan diri.
Mahkamah Tinggi membacakan keputusan Shafie Apdal adalah Ketua Menteri Sabah yang sah sekaligus menyebabkan Musa kalah kes. Namun Musa meneruskan proses rayuan bagi mencabar keputusan.
JULAI 2018
PDRM sahkan Musa Aman adalah orang yang dikehendaki.
OGOS 2018
Musa mengatakan beliau menerima rawatan di Hospital London kerana sakit. Pada 22 Ogos, Musa ke hospital swasta di Subang dan menyambung rawatan.
September 2018
Pada 5 September, Musa pulang ke Sabah. 6 September Musa beri keterangan di pejabat SPRM.
NOVEMBER 2019
5 November, Musa Aman ditahan. Musa mengaku tidak bersalah atas semua 35 pertuduhan (yang kemudiannya menjadi 46 kes). Musa diikat jamin sebanyak 2 juta.
Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu menolak saman Musa Aman dan mengesahkan Shafie Apdal adalah Ketua Menteri yang sah.
Mei 2020
Berlakunya spekulasi kononnya Sabah akan tumbang namun dinafikan beberapa ADUN bersama kerajaan Warisan, dengan membuat kenyataan media bahawanya mereka menyokong kepimpinan Shafie di Sabah.
JUN 2020
9 Jun : Pendakwaraya telah menarik balik semua kertas pertuduhan membabitkan Musa Aman, ini sekaligus menyebabkan Musa Aman dibebaskan dari 46 pertuduhan.
11 Jun : Shafie dilaporkan berjumpa dengan semua ADUN dan Ahli Parlimen pro Warisan dan membincangkan situasi terkini.
15 Jun : Dua adun UPKO terawal yang keluar BN, kemudiannya masuk Warisan, menyatakan sokongan kepada PN pula. Datuk Limus Jury dan Datuk James Ratib juga mengumumkan keluar UPKO dan menjadi bebas.
Julai 2020
Spekulasi kononnya Musa sedang mencari sokongan tersebar. Ini disahkan apabila Hamzah Zainuddin kerap kali terbang ke Sabah. Meskipun Hamzah menafikan pertemuan itu ada kaitan dengan perubahan kerajaan di Sabah, namun ramai pemain politik beranggapan itu adalah helah Hamzah bagi mengkaburi mata orang awam.
23 Julai, ADUN pro Warisan menafikan mereka keluar parti namun itu hanyalah sementara sahaja kerana pada 29 Julai, beberapa ADUN kerajaan telah pun menukarkan sokongan mereka kepada Musa Aman, ini termasuklah ADUN PKR, Kenny Chua dan Ronnie Loh, DAP (Adun dilantik).
Pada 30 Julai, Shafie Apdal telah mendapat perkenan TYT untuk membubarkan DUN. Rancangan Musa untuk merampas Sabah gagal. Musa bagaimanapun tidak dapat menerima keputusan itu dan berkata akan mencabar pembubaran apatah lagi mendakwa beliau mempunyai majoriti yang kukuh untuk mengambilalih tampuk kepimpinan di Sabah. Selain itu Musa turut berkata, pilihanraya semula hanya akan menjejaskan rakyat kerana negara sedang mengatasi krisis Covid19. - 2 Ogos 2020.