MAZA Sindir Najib Dan Zahid?
VIRAL | Tertanya-tanya juga dikalangan netizens, siapa agaknya yang Dr. Maza sindir ketika membuat kenyataan di bawah menerusi Facebooknya, sejurus penghakiman ke atas Najib dipersoalkan oleh penyokongnya dan UMNO sehingga Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan UMNO tidak akan menyertai Perikatan Nasional.
"Pemerintahan itu ditegakkan atas tanggungjawab agama dan kenegaraan. Peranan pemerintah ialah memelihara kehidupan manusia atas neraca keadilan, ketertiban dan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia.
Pemerintahan juga bertujuan menjaga kehidupan beragama dan kesantunan pergaulan antara manusia.
Pemerintahan tidak ditegakkan untuk membela jenayah diri sendiri dan rakan-rakan.
Sesuatu pemerintahan disokong atas kemaslahatan agama dan rakyat, bukan atas kepentingan menyelamatkan diri dari undang-undang," kata MAZA dalam kenyataan pada Jumaat.
Kenyataan di atas dipercayai membela TSMY, yang diserang bertubi-tubi oleh penyokong Najib yang marah kerana Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhkan hukuman bersalah apabila didapati menyalahgunakan dana awam KWAP sebanyak RM42j untuk tujuan peribadi.
Ia dipercayai ditujukan kepada Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dan DS Najib Razak.
Dr. Asri Zainal Abidin, yang juga mufti Perlis pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dan selepas Perikatan Nasional dibentuk dan dianggap endorse kerajaan dibawah pimpinan TSMY itu. - 3 Ogos 2020.