t>

Breaking News

Kronologi Kluster Sivagangga.

KRONOLOGI | 1. Pada 28 Julai, KKM umumkan beberapa penemuan kluster baru, antaranya kluster Sivaganga.

2. Kluster Sivaganga ini berpunca dari seorang pemaustatin tetap yang telah pulang dari melawat Sivaganga, India pada 13 Julai 2020.

3. Individu tersebut merupakan #KES8937.

4. Pada awalnya, ketika disaring di pintu masuk KLIA, beliau didapati negatif.

5. Bagaimanapun, individu itu diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah atas Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).

6. Sebagai rekod, semua yang masuk ke Malaysia, melalui mana-mana negara, di mana-mana pintu sempadan, tertakluk atas arahan PERINTAH PENGAWASAN dan PEMERHATIAN di RUMAH. #KES8937 adalah merupakan contoh individu yang TIDAK MEMATUHI ARAHAN KERAJAAN.

7. Saringan ulangan dilakukan oleh KKM, dan kali ini #KES8937 didapati positif. #KES8937 juga merupakan kes indeks bagi kluster sivaganga. #KES8937 juga dimasukkan ke dalam Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

8. KKM kemudiannya bersegera melakukan tindakan pembendungan, dengan menutup kedai makan milik kes indeks.

9. Sehingga 28 Julai, pada hari Kluster Sivaganga diberitahu kepada umum, 28 kontak dikesan dan 5 dari mereka positif manakala 23 yang lain negatif.

10. Salah seorang yang dijangkiti adalah ahli keluarga rapat kepada kes indeks.

11. Kes indeks memiliki kedai makan, (Nasi Kandar di Napoh) 4 yang lain dijangkiti adalah pekerjanya dan BUKAN WARGANEGARA.



12. #KES8975 dan #KES8976 ialah merupakan pelanggan di kedai makan kes indeks.

13. #KES8975 telah menyebabkan jangkitan kepada;

- ibunya
- isterinya
- dua orang anaknya
- ibu saudaranya
- bapa saudaranya
- abang iparnya
- rakan sekerjanya

14. #KES8976 telah menyebabkan jangkitan kepada;

- isterinya
- anaknya
- dua orang cucunya

15. 8 kontak dari #KES8975 positif, dan salah seorangnya adalah MURID SEKOLAH yang berusia 7 tahun.

16. 3 kontak dari #KES8976 positif, dan salah seorangnya adalah MURID SEKOLAH yang berusia 10 tahun.

17. Kesemua kes positif kluster Sivaganga dimasukkan ke dalam Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

18. Sehingga 2 Ogos, 313 orang telah disaring dan 20 darinya didapati positif, 380 negatif dan 13 masih menunggu keputusan.

19. 15 kes melibatkan warga Malaysia dan 5 lagi adalah BUKAN warganegara.

20. Pada 2 Ogos, kerajaan umumkan 5 sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah ditutup sehingga 29 Ogos.

21. Tindakan diambil bagi menyekat penularan wabak Covid19.

22. Sekolah yang ditutup di Kubang Pasu;

- Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba.
- Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba.
- SMK Megat Dewa.
- SK Megat Dewa.


23. Sekolah yang ditutup di Padang Terap;

- Sekolah Kebangsaan Kubang Palas. 

24. Susulan dari penularan wabak covid19, Kedah juga telah melaksanakan perintah TEMCO - Targetted Ehancement Movement Control Order selama 14 hari dan berkuatkuasa pada 2 Ogos.

25. TEMCO dilaksanakan di empat mukim, secara bersasar iaitu;

- Mukim Ah
- Mukim Hosba
- Mukim Binjal
- Mukim Padang Terap (Kampung Ulu, Padang Sanai).

26. Semua premis yang dikaitkan dengan kontak telah disaring dan menjalani aktiviti nyahkuman.

27. Di sosial media, netizens berspekulasi Kluster Sivaganga ini dikaitkan dengan arahan kerajaan PERINTAH PEMAKAIAN MASK. - 3 Ogos 2020.