t>

Breaking News

#Covid19 - 3 Jam Tunggu Di KLIA 2 Tanpa Arahan Jelas, Individu Luahkan Perasaan M@rah Di Facebook.

VIRAL | Jangkitan Covid19 yang berpunca dari Sabah semakin meningkat. Hal itu kemudiannya menyebabkan KKM mengambil langkah berhati-hati dengan mengenakan syarat tambahan semua penumpang yang masuk dari Sabah perlu menjalani ujian saringan Covid19.

Ini apa yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Hisham Abdullah semalam;

- Semua yang masuk dari Sabah perlu download aplikasi Mysejahtera dan perlu mendaftar masuk menggunakan aplikasi tersebut sebaik tiba di pintu masuk utama antarabangsa.

- Semua yang masuk dari Sabah diwajibkan menjalani ujian saringan jangkitan pernafasan di pintu masuk utama.

- Mereka juga perlu menjalani kuarantin = perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari, dikira dari hari mereka masuk ke Semenanjung.

- Mereka akan dipakaikan gelang kuarantin.

- Sekiranya mereka negatif Covid19, maka pelepasan HSO akan diberikan.

- Sekiranya mereka menunjukkan gejala semasa tempoh 14 hari, mereka perlu menjalani ujian saringan ulangan.

- Kesemua yang menjalani ujian saringan Covid19 dikecualikan dari sebarang caj samada warganegara ataupun bukan warganegara.

- Mana-mana pihak yang perlu pulang ke rumah menggunakan kenderaan awam seperti teksi dan bas dari lapangan terbang, akan diberikan surat pelepasan khas menuju ke destinasi yang dicatitkan atas surat tersebut. 

Ini pula luahan dari Mohammad Nazri Abdul Kadir;


Berdasarkan luahan di atas, Nazri berkata beliau telah menunggu selama 3 jam (post itu ditulis pada 2 jam lepas) dan sehingga kini belum ada arahan dan taklimat spesifik dari pihak KKM.

Malahan mereka menunggu tanpa makanan dan minuman.

Antara yang menunggu itu juga ada warga emas dan anak-anak kecil. Malahan ruangan menunggu juga bersesak-sesak yang merisikokan jangkitan Covid19.



Antara gambar-gambar yang dikongsikan Nazri dalam post tersebut. Jika difikirkan, apa yang diluahkan oleh Nazri itu ada asasnya. Bagaimanapun jika ia diluahkan dalam bentuk cadangan lebih baik.

Ini kerana KKM juga sebenarnya telah bekerja keras tanpa rehat bagi memastikan Malaysia bebas Covid19 sepenuhnya.

Apa yang berlaku di Sabah adalah kluster orang politik gila kuasa dan akibatnya rakyat dan KKM menjadi mangsa. Jika Nazri nak marahkan Adham Baba tak apa lah, tapi agak tidak tepat jika KKM turut menjadi sasaran kemarahan.

Sudah tentu jika ditegur secara elok, pegawai KKM dapat menerima kritikan tersebut dan melakukan penambahbaikan dengan menambahkan bilangan kakitangan di pintu masuk antarabangsa.

Sememangnya benarlah kata Nazri, bersesak-sesak sebegitu akan meningkatkan risiko jangkitan. Situasi menunggu lama juga akan memenatkan anak-anak kecil dan warga emas. Apatah lagi tanpa makan dan minum, sudah tentu berasa gelisah, haus dan lapar. Tapi bila diselitkan kata-kata tidak enak, orang bukan peduli pun masalah kamu, nanti netizens hanya peduli part yang carut tu sahaja. 

Dalam masa yang sama, kita harapkan KKM mengambil langkah bijaksana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi Nazri dan hari-hari seterusnya bagi mereka yang masuk dari Sabah. - 27 September 2020.