Nak Deko-Deko Rumah? J@uhi Pokok Lid@h Jin Andai Ada Anak Kecil..
VIRAL | Beberapa hari lepas kecoh di sosial media seorang ibu berkongsikan pengalaman anaknya sakit berikutan termakan tanah. Malangnya perkongsian ikhlas dari ibu muda itu telah dikecam warganet.
Berbanding mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah tersebut, warganet telah mengecam ibu tersebut;
- sempat ambil gambar lagi masa anak tengah sakit-sakit, menangis kerana termakan tanah
- sempat lagi nak tunggu beberapa hari sebelum membawa anak ke hospital
Kecaman warganet itu bukannya tiada asas tetapi sesetengah ibu terutamanya yang masih muda dan belum ada pengalaman menjaga anak, ada banyak perkara yang mereka tidak tahu dan perlu banyak belajar.
Warganet sepatutnya membantu ibu muda itu dengan menerangkan apa yang boleh dan tidak boleh. Bukan beramai-ramai mengecam ibu muda itu sehingga beliau berasa tertekan.
Kalau diperhatikan dari post ini, ibu tersebut bukan sahaja tidak menyedari anaknya mungkin ada termakan tanah ataupun pasir malahan tidak menyedari kesan pokok Lidah Jin ke atas kesihatan.
Lihat sahaja gambar tumbuhan yang terkeluar dari pasu itu. Jika diperhatikan ia adalah pokok Lidah Jin.
Beberapa bulan lepas sekitar Jun, pokok ini pernah tular dan menjadi hot item sebagai hiasan rumah.
Ramai la geng-geng deko mencari pokok ini untuk diletakkan dalam rumah sebagai indoor decoration.
Kononnya ia memberikan beberapa manfaatnya antaranya membersihkan udara dalam persekitaran rumah. Bagaimanapun dakwaan tersebut memerlukan kajian sainstifik.
Menurut Pusat Racun Negara, dalam satu kenyataan media yang pernah tersiar pada 7 Jun 2020 yang lepas, pokok Lidah Jin mempunyai bahan aktif Saponin.
Jika termakan saponin, akan menunjukkan beberapa gejala seperti;
- muntah
- cirit birit
- ruam
Jika terdedah kepada haiwan seperti kucing dan anjing mereka akan lesu, muntah-muntah dan kurang selera makan.
Kalau diperhatikan, bayi kecil kepada ibu muda itu termakan tanah yang mana ia digunakan untuk menanam pokok Lidah Jin yang dipercayai mengandungi Saponin.
Gejala yang ditunjukkan adalah sama iaitu muntah dan cirit-birit sehingga berak berdarah.
Jelaslah, ibu muda itu tidak menyedari sama sekali bahawanya meletakkan Lidah Jin sebagai dekorasi rumah sebenarnya berisiko, apatah lagi jika meletakkan di ruangan bawah yang mudah dicapai oleh anak kecil.
Bagi mereka yang masih berminat terhadap pokok ini perlulah meletakkannya di tempat tinggi, yang sukar dicapai anak-anak kecil ataupun jika meletakkan / menanam di halaman rumah haruslah ada papan peringatan akan bahaya / risiko tumbuhan tersebut ke atas kesihatan manusia.
Pada asasnya, pokok tersebut sememangnya cantik dijadikan hiasan. Namun kita perlu pandai menyesuaikan diri agar kita dan Lidah Jin dalam hidup bersama tanpa menjejaskan mana-mana pihak. - 28 September 2020.