SEMASA | Satu lagi kes membabitkan pemandu mabuk berlaku di Malaysia. Jika minggu lepas dikejutkan dengan berita seorang pelajar yang baru berusia 17 tahun dilanggar sampai mati angkara pemandu mabuk, kali ini melibatkan seorang bapa kepada dua orang anak yang masih kecil, Ahmad Safwan. Mangsa hanya berusia 32 tahun sahaja.
Kejadian berlaku pada 26 September, hari sabtu, pada jam 4 petang lebih kurang di hadapan Masjid Alam Impian.
Lihat sendiri keadaan kereta mangsa ketika itu. Kalau nak tahu, mangsa juga membawa keluarganya bersama dalam kereta. Anak-anak dan isteri mangsa juga cedera berikutan kemalangan tersebut.
Hancur teruk kan? Di bahagian hadapan remuk dan itu menyebabkan pemandu maut di tempat kejadian.
Bagaimanapula dengan pemandu mabuk? Lihat gambarnya dibawah ini;
Tak ada kecederaan. Pemandu mabuk ini sebenarnya masih lalok semasa kejadian. Kemudiannya beliau tersedar dari mabuk dan mendapati telah pun membunuh seseorang.
Ironi kan?
Yang mabuk di siang hari adalah pemandu di atas.
Yang mabuk dan bawa kereta dia.
Yang melanggar pun dia.
Yang cuai adalah dia.
Yang maut adalah orang lain.
Siapa kata jika kita cuai semasa memandu kita akan kemalangan?
NO. NO. NO.
Dalam sesetengah kes, orang lain punya cuai, orang lain yang terbunuh. Sama macam dalam kemalangan akibat mabuk.
Ini luahan rakan Safwan, Nizam Jasman di Facebooknya.
Sebenarnya hukuman pemandu mabuk masih belum keras lagi. Sebaik-baiknya dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana mereka membunuh orang secara sengaja. Memandu secara mabuk bererti sengaja cuai dan berniat mahu menyebabkan kemalangan. Kerana itu mati dibalas mati. Ia juga akan menyebabkan peminum-peminum arak ini ketakutan. Yelah, jika mereka mabuk, kemudiannya menyebabkan kemalangan maut, mereka akan dihukum gantung. Maka peminum-peminum ini akan bertanggungjawablah sikit.
Selain itu perlu juga dikawal waktu meminum dan lokasi. Mereka sepatutnya dibenarkan minum dalam waktu tertentu. Bukannya seperti sekarang. 24 jam boleh mabuk sesuka hati dan boleh mabuk di mana sahaja. Nyawa orang awam pula jadi taruhan sebab mereka gila-gila nak mabuk.
Kedai-kedai yang dibenarkan jual arak juga perlu dikawal. Tak perlu lagi ada di pasaraya, di kedai serbaneka ataupun kedai runcit. Sangat mudah diakses menyebabkan mereka gemar mabuk setiap masa.
Tahu-tahu je seorang isteri telah kehilangan suami dan anak-anak kehilangan bapa. Safwan pula maut dalam usia yang muda. Tak ada lagi masa depan. Tak ada lagi peluang melihat anak-anak kesayangan membesar depan mata.
Peluang Safwan dirampas oleh pemandu mabuk. Oleh kerana pemandu mabuk pun tak pernah beri Safwan peluang kedua maka tak ada juga peluang kedua untuk pemandu mabuk, mereka harus dihukum bunuh. Jangan diberi muka dan jangan dilonggar-longgarkan hukuman. Bayarlah denda sejuta pun, Safwan tetap dah tak ada. Meskipun denda sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa tetapi denda tak mampu membayar semula nyawa Safwan.
Pemandu mabuk perlu membayar denda dan perlu dihukum bunuh. Rakyat Malaysia perlu bersama-sama mendesak ke arah hukuman tegas dan keras ke atas pemandu mabuk. Usah lagi bertelagah kerana politik. Jika kita bersatu kita dapat mendesak mana-mana kerajaan sekalipun untuk menghukum pemandu mabuk sekeras-kerasnya. - 27 September 2020.