OKU Tegur Tindakan Presiden GAMIS S@lahguna Parkir OKU.
Oleh : Hasrullah Azrulkhan
Menyamar jadi OKU untuk salahguna parking OKU.
Assalamu3leykum,
Ke hadapan saudaraku, Mohd Zofrie Zulhilmie Ruslee, Presiden Gabungan Mahasiswa Se-Islam Malaysia,
Terlebih dahulu, semoga diberkati dan dirahmati pada hari Jumaat yang mulia serta barakah ini,
Ini sekadar perkongsian sedikit dari saya selaku salah seorang pengguna parking OKU, yang anda dan rakan anda, telah salah guna dengan berlakon menjadi OKU, ketika ingin ke Masjid, rumah Allah S.W.T,
Jangan anggap ini teguran, sebab saya pun tak layak nak tegur sesiapa,
Cumanya, parking OKU di Malaysia ini merupakan satu agenda yang sensitif buat komuniti OKU, di mana masih ramai lagi rakyat Malaysia menyalahguna kemudahan tersebut,
Ditambah pulak, petak berukuran 3600 mm lebar dan 5400 mm panjang adalah kemudahan tersedia di masjid, tempat yang mana tak semua OKU boleh pergi,
Ye, percayalah, terdapat banyak masjid di Malaysia ini, masih kurang atau tak langsung boleh dimasuki OKU,
Ini mengikut pengalaman saya sendiri, yang pernah keluar tabligh, selama 40 hari, pergi masjid ke masjid dengan keadaan yang sukar akibat tiada atau kurang kemudahan,
Dan juga banyak perkongsian dari rakan OKU Islam yang lain,
Parking dan kemudahan masjid adalah suatu isu yang penting buat insan seperti tuan yang dikurniakan jawatan oleh Allah S.W.T ketengahkan bagi membantu komuniti OKU untuk lebih dekat pada agama dan mudah beribadah,
Bukan, disalahgunakan.
Isteri saya sendiri, yang bukan OKU pun tak berani nak guna parking OKU kalau saya takde.
Tindakan yang saudara lakukan bukan saja merosakkan rantai usaha kesedaran yang dilakukan oleh ramai pihak termasuk OKU,
Bahkan ajaran agama itu sendiri. Dalam Al Quran, Surah Abasa, mengajar kita tentang penekanan kepada hak kebajikan OKU, juga sirah sahabat Rasulullah Hazrat Abdullah Ibn Maktum, yang buta namun diangkat menjadi Gabenor.
Kami di kalangan OKU pun selalu bergurau tentang kekurangan kami tapi tak pernah sampai tahap menyalahguna kemudahan yang ada.
Saya harap, dengan kesihatan dan jawatan yang saudara ada, boleh membantu kami, OKU, dalam mencapai kesedaran inklusif.
Pelbagai cadangan boleh kami utarakan sekiranya tuan sudi mendengar,
Antaranya, tour OKU masjid ke masjid bagi membina kesedaran dan kemudahan OKU menjalani ibadah,
Tapi kalau tanya saya macam mana nak jadi OKU tu, saya tak boleh bantu,
Tu kene minta dengan Tuhan. ♥️
Siswa Labah Labah
Bukan Penyamar OKU