t>

Breaking News

F@cebook MPP UPSI Dig@nyang Netizens Malaysia Kaw-Kaw..

SOSMED | Nampaknya UPSI dan MPP menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens selepas Ustaz Ebit Lew diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini.

Terdahulu, Ustaz Ebit Lew diarahkan membuat permohonan maaf kerana membantu para pelajar UPSI yang terkandas selepas KPT mengumumkan penangguhan proses pendaftaran pelajar baru dan semasa ke dalam kampus.

Pengumuman saat akhir itu membuatkan mahasiswa terkandas di seluruh Malaysia dan atas semangat ingin membantu, beberapa rakyat prihatin termasuklah beberapa NGOs dan parti politik mengumpulkan dana bagi membantu mahasiswa yang terjejas, terutamanya dari kalangan B40 dan M40.

Ustaz Ebit Lew turut hadir untuk membantu dengan menyediakan bas kepada pelajar yang terjejas, apatah lagi apabila kumpulan mahasiswa itu sendiri yang meminta pertolongan.

Namun, malangnya niat baik ustaz telah disalahanggap oleh pihak tertentu dan Ustaz Ebit Lew diarahkan untuk memohon maaf.

Ustaz kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka dan kenyataan itu dibaca oleh netizens. Kesannya, pihak yang menuntut permohonan maaf kini menjadi sasaran kemarahan netizens.

Tiba-tiba minta derma

Bukan itu sahaja, netizens turut mempertikaikan tindakan MPP UPSI yang tiba-tiba sahaja meminta derma selepas menegur tindakan Ustaz Ebit Lew yang membantu para pelajar.

Menurut netizens, seharusnya UPSI telah bersedia dengan segala pelan tindakan bagi membantu pelajar sebaik sahaja KPT membuat pengumuman mengejut dan bukannya acah-acah prihatin selepas Ustaz Ebit Lew tampil membantu.







Sudah sepatutnya UPSI memahami bukan semua pelajar berasal dari keluarga yang berkemampuan, dan tidak lagi perlu diajar-ajar bagaimana mahu menyelesaikan masalah pelajar yang kesusahan sehingga mereka kebuntuan lagi meminta tolong dari pihak luar. 

Bagaimanapun jika baru sekarang mohon derma, entah bila pula para pelajar ini dapat menerima bantuan? Itupun tak kira lagi dari segi permohonan, kelulusan dan tata proses.

Jika mengikuti perkembangan ini sejak awal, mahasiswa sudah hampir 4 hari mengalami kerumitan ini dan pada hari pertama sahaja sudah tampil ratusan warga Malaysia yang prihatin menawarkan pertolongan dari segi pengangkutan, wang tambang, wang belanja, tempat tinggal, dan penghantaran pulang.

Beberapa Ahli Parlimen dan parti juga telah bergerak dari kutipan derma kepada agihan bantuan (ketika ini). Bukan lagi masanya meminta derma sebaliknya sekarang adalah agihan bantuan dan khidmat nasihat mengenai bayaran rumah sewa.

Apa la agaknya yang UPSI buat dalam 3 hari yang lepas agaknya. Duduk dalam gua tak ada internet kah?

Semoga hal ini akan menjadi pengajaran yang sangat berguna untuk kita semua. - 4 Oktober 2020.