Selepas DIkec@m Warganet, Naib Kaunselor P@damkan Gambar-Gambar Langgar SOP.
SOSMED | Kerana melanggar SOP, itu adalah antara sebab utama kenapa bantuan Ustaz Ebit Lew dipertikaikan. Jika membaca kenyataan media dari MPP, pematuhan pada SOP boleh dianggap tajuk utama dalam isu tersebut.
Namun apa yang menjadi tanda-tanya ialah, jika SOP begitu ditekankan sehingga tindakan Ustaz Ebit Lew dipersoalkan, kenapa pihak pengurusan UPSI sendiri gagal mematuhi SOP ini termasuklah MPP yang mengeluarkan kenyataan media tersebut.
Lihat sahaja gambar-gambar dibawah ini;
Ironi kan?
Mereka sendiri tak amalkan apa yang mereka canangkan. Tapi mereka tekankan isu SOP untuk menunjukkan betapa tindakan mereka terhadap Ustaz Ebit Lew itu benar lagi tepat.
Selepas sahaja terkantoinya gambar-gambar yang melanggar pematuhan SOP, dikhabarkan satu persatu gambar dari halaman Naib Kaunselor UPSI telah dipadamkan.
Namun tak ada gunanya buat tindakan itu pun kerana netizens awal-awal lagi dah simpan bukti, warganet sentiasa peka apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mereka dah jangka pun situasi padam memadamkan bukti ini dari akal masing-masing. Padamlah seribu satu gambar pun, warganet dah siap-siap tangkaplayar untuk simpan bukti. Nak lari mana? - 4 Oktober 2020.