R*gol Dan Kel@r, Netizens Pertikaikan Tindakan Susp#k Buat Rayuan, Alasan Mangsa M@ut Kerana Meronta Tak Masuk Akal.
VIRAL | Jenayah tragis yang berlaku tiga tahun lepas nampaknya kembali tular diperkatakan oleh netizens ketika memperkatakan tentang suspek yang membuat rayuan semula kerana mendakwa beliau membunuh tanpa niat.
Ini apa yang berlaku pada tiga tahun lepas berdasarkan perbicaraan mahkamah;
- Kes jenayah tersebut berlaku di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan pada 1 Mac 2015, di antara jam 12.20 tengah malam hingga 2 pagi.
- Ketika kejadian ada mangsa, seorang jururawat Klinik Kesihatan, 25 tahun sedang tidur bersama tiga anak kecilnya yang berusia lima tahun, tiga tahun dan 6 bulan.
- Rumah mangsa dipecah masuk oleh suspek yang bernama Mohammad Awari Ahmad yang ketika itu berusia 24 tahun. Selepas berjaya memasuki rumah mangsa, suspek kemudiannya memasuki bilik di tempat mangsa berada dan menyerang mangsa.
- Pada awalnya ketika memecah masuk, suspek membawa kayu kemudiannya menukarkan senjatanya kepada parang yang ditemui suspek dalam rumah mangsa.
- Suspek dilaporkan mengelar bahagian kiri dan kanan leher mangsa. Selain itu terdapat 11 kesan tetakan di badan mangsa.
- Selepas suspek mengelar leher mangsa, dalam keadaan darah yang membuak-buak keluar, suspek kemudiannya merogol mangsa.
- Kejadian tersebut dilihat sendiri oleh anak mangsa yang berusia 5 tahun.
- Suami mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 2 pagi dan melihat isterinya terbaring di atas jalan tar di hadapan rumah mereka dalam keadaan berselimut tanpa pakaian.
- Rumah keluarga suami berada lebih kurang 200 meter dari rumah mangsa, suami mangsa kemudiannya mendapatkana bantuan dari ahli keluarganya untuk segera membawa mangsa ke hospital sementara suami mencari anak-anak mereka.
- Suami mangsa kemudiannya mendapati ketiga-ketiga anak mereka terbaring atas tilam yang penuh dengan darah.
- Mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang.
- Bagaimanapun mangsa meninggal dunia pada 6.40 pagi hari yang sama.
- Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, mangsa sempat menulis nota dibaca: "anak abe mat tanah putih yang rogol dan kelar samun duit".
- Suspek dilaporkan mencuri wang sebanyak RM200 dan telefon bimbit mangsa.
- Selepas melakukan jenayah terkutuk itu, suspek kemudiannya meraikan perbuatannya dengan meminum 7 botol arak.
- Kerana suspek dianggap kejam, maka mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 31 Januari 2018 telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.
- Bagi jenayah rogol, sabitan bersalah dan suspek dihukum penjara 18 tahun dan disebat sebanyak 12 kali.
Kenapa kes ini kembali diperkatakan kerana suspek membuat rayuan terhadap hukuman gantung.
Peguam suspek mahu Mahkamah Rayuan mengenepikan hukuman gantung dengan menukar pertuduhan kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan, iaitu MEMBUNUH TANPA NIAT.
Bagaimanapun pada 8 Oktober lepas, ketiga-tiga hakim mahkamah rayuan mengekalkan 2 sabitan bersalah dan hukuman ke atas suspek dan berhujah tiada sebab untuk mengubah keputusan mahkamah yang terdahulu.
Apa pula respon netizens?
Kebanyakan netizens memilih untuk menyerang peguambela kerana membela mempertahankan suspek malahan tergamak menggunakan hujah bahawa suspek tiada niat membunuh dan mangsa maut kerana meronta-meronta.
Mujur hakim sangat bijaksana kerana memahami perbuatan meronta itu berlaku kerana mangsa diserang dan mahu menyelamatkan diri. Sepatutnya suspek kena sedar beliau yang bersalah kerana melakukan serangan, tiada serangan maka tiada lah perbuatan meronta-meronta, bukannya menggunakan hujah mangsa meronta-ronta sehingga mengakibatkan mangsa terbunuh.
Ada yang beranggapan suspek ialah psikopat. Jika kita baca dari laporan berita;
- Suspek pergi minum arak, memabukkan dirinya.
- Bermakna suspek tak rasa bersalah dengan apa yang beliau lakukan.
- Tambahan, suspek selepas mengelar mangsa, suspek merogol mangsa yang cedera parah, badan mangsa penuh dengan darah dan suspek rogol mangsa di atas tilam di mana anak-anak mangsa berada dalam bilik yang sama. Apakah ini sifat manusia yang berperikemanusian?
- Paling teruk apabila media melaporkan suspek adalah seseorang yang dikenali, bukannya orang luar.
Seseorang seperti suspek tidak boleh dilepaskan ke dalam masyarakat maka hukuman gantung sampai mati adalah keputusan yang tepat lagi adil.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian ini, waris mangsa, dan anak-anak mangsa perlukan pembelaan sewajarnya. Mereka sudah tentu tidak mahu seseorang yang membunuh ibu mereka dengan kejam terus hidup dan ditanggung makan pakai dengan wang pembayar cukai.
Nyawa dia lebih baik berakhir. Oksigen yang ada lebih bermanfaat diberikan kepada babi dari suspek. - 10 Oktober 2020.
Rujukan;
https://www.utusan.com.my/nasional/2020/10/kelar-dan-rogol-perayu-kekal-digantung