Bapa Dai'e Syed Bersuara, Anak Abaikan Mesej 2 Tahun, Mahu Mangsa Buat Laporan Polis.
VIRAL | Nampaknya dakwaan Dai'e Syed merogol seorang gadis semakin hangat apabila bapa kepada Dai'e Syed membuka mulut.
Terdahulu, warganet menyebarkan beberapa tangkap layar yang didakwa chatting antara beberapa mangsa bersama kawannya.
Tangkap layar itu dengan pantasnya viral kerana melibatkan Dai'e yang juga bekas peserta program dakwah yang terkenal di TV3 suatu ketika dahulu.
Dai'e Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail menyertai program Da’i musim ke-4 pada tahun 2016.
Berikut merupakan tangkap layar yang tersebar;
Dalam pada itu, Dai'e Syed telah pun membuat laporan polis ke atas individu yang menyebarkan dakwaan tersebut.
Menurut Dai'e Syed lagi ia adalah satu fitnah dan beliau tak mengetahui apa tujuan individu tersebut berbuat sedemikian terhadapnya.
Dalam perkembangan berkaitan, bapa Dai'e Syed "masuk scene", dengan membuat kenyataan terbuka tentang anaknya itu di Facebooknya malam tadi.
Berdasarkan kenyataan itu, warganet membuat ulasan seolah-olahnya dakwaan ke atas Dai'e Syed adalah benar apatah lagi bapa Dai'e Syed juga memceritakan anaknya itu tidak membalas mesej dan nasihatnya selama 2 tahun (sehingga ke hari ini).
Ini adalah luahan bapa Dai'e Syed;
Assalamualaikum wbt.. Firman Allah " Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai Fitnah/cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar." (QS. Al-Anfaal).
Terdahulu, warganet menyebarkan beberapa tangkap layar yang didakwa chatting antara beberapa mangsa bersama kawannya.
Tangkap layar itu dengan pantasnya viral kerana melibatkan Dai'e yang juga bekas peserta program dakwah yang terkenal di TV3 suatu ketika dahulu.
Dai'e Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail menyertai program Da’i musim ke-4 pada tahun 2016.
Berikut merupakan tangkap layar yang tersebar;
Dalam pada itu, Dai'e Syed telah pun membuat laporan polis ke atas individu yang menyebarkan dakwaan tersebut.
Menurut Dai'e Syed lagi ia adalah satu fitnah dan beliau tak mengetahui apa tujuan individu tersebut berbuat sedemikian terhadapnya.
Dalam perkembangan berkaitan, bapa Dai'e Syed "masuk scene", dengan membuat kenyataan terbuka tentang anaknya itu di Facebooknya malam tadi.
Berdasarkan kenyataan itu, warganet membuat ulasan seolah-olahnya dakwaan ke atas Dai'e Syed adalah benar apatah lagi bapa Dai'e Syed juga memceritakan anaknya itu tidak membalas mesej dan nasihatnya selama 2 tahun (sehingga ke hari ini).
Ini adalah luahan bapa Dai'e Syed;
Oleh : Seif Jamalullail
Semua sudah maklum DAI SYED adalah anak saya. Hari ini bertalu-talu mesej masuk ke inbox saya beserta SS yang dah viral. Masing² menunggu balasan dan respon saya. Saya nyatakan disini untuk tatapan semua yang bertanya..
Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.
Hingga saya serahkan urusan menegur ini kepada Allah swt untuk mengadilinya sekiranya benar dakwaan yang diviralkan dan mohon Allah mengembalikan anak saya ke jalan yang benar dan diredhoi sebelum ianya terlambat.
Saya lebih rela dia diadili didunia daripada dihadap diakhirat dihadapan Qadhi Rabbul Jalil. Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yg bermuamalah dengan dia supaya berhati² lah, terutama pada wanita.
Isu viral ni dah lama, hari ni makin jadi heboh pulak.. kami dah letih nak hadap isu semacam ini, apalagi adik²nya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan² sindiran dan ejekan dari teman² disekolah.
Bagi mereka² yang pernah menghubungi untuk mengadu kepada saya (yang mengaku mangsa) , pergilah lapor kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.
Saya memberi jaminan, saya tidak akan sama sekali mempertahankan atau menyebelahi anak saya, sekiranya dia memang melakukan kesalahan tersebut.
Sabda Nabi "Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya’” - Hadist. Peringatan terbuka kepada Dai Syed : "
Jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa/diviral, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatanmu kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis.
Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah kejalan Allah dan jalan leluhurmu.. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu.."
Kami pihak keluarga hanya mampu berdoa supaya dijauhkan segala fitnah duniawi dan diberikan keberkatan dalam hidup dan mati. Sekian.
Seif Jamalullail Cairo
#KamiKenaTempias