t>

Breaking News

Anugerah Bintang Popular, Menteri Agama Jumpa KKMM, Menteri Pertahanan Kata Tak Langgar PKPB.

SEMASA | Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri mengesahkan penganjuran acara Anugerah Bintang Popular bukanlah aktiviti yang dilarang semasa PKPB.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian covid19 hari ini.

“Hiburan ABPBH 33 di bawah industri kreatif persembahan seperti ini termasuk dalam SOP PKPB yang lepas adalah luar dari senarai negatif, maknanya ia dibenarkan.

Sebab itu tiada rayuan dibuat oleh penganjur kepada jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan juga jawantankuasa teknikal yang dipengerusikan oleh saya. 

Kerana ia bukan aktiviti terlarang atau tidak dibenarkan, maka tiada keputusanlah.

Jika tiada keputusan, mereka hanya perlu SOP yang diputuskan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia), KKMM (kementerian komunikasi dan multimedia Malaysia) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) ketika kita umum kebenaran itu,” katanya.

Ismail Sabri turut menjelaskan acara tersebut;

- Perlu mematuhi SOP

- Tiada penonton

- Tiada warga asing

- Krew minimum

- Memakai pelitup muka

Jika terdapatnya pelanggaran SOP, penganjur akan dikenakan tindakan. 

Sebelum ini YADIM ada menyerahkan bantahan kepada SU KKMM berhubung penganjuran acara tersebut. YADIM mahu acara tersebut dibatalkan dengan mengambilkira keresahan umat Islam. 

"Yadim menggesa agar ABPBH yang dijadualkan diadakan esok dibatalkan penganjurannya dan diganti dengan rancangan lain yang lebih sesuai di saat negara ketika ini sedang berusaha keras mengawal penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut YADIM lagi, terdapat ramai pihak yang menyuarakan bantahan terhadap acara itu.

Berdasarkan pemerhatian rambang pihak kami mendapati, walaupun ada yang mempertikaikan penganjuran acara tersebut, tetapi lebih ramai yang dilihat seperti mahu menyindir (lebih tepat menyindir PAS dan PN).

Tidaklah kesemua warganet yang membantah itu, membantah secara serius, tetapi mungkin berniat memerli kerajaan hari ini yang mana ketika menjadi pembangkang suatu ketika dahulu, mereka suka membantah acara-acara sebegini.

Dan ini pula kenyataan dari Menteri Agama : Sebentar tadi saya mengunjungi Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah bagi berkongsi beberapa buah fikiran dan pandangan berhubung penganjuran program hiburan yang tular kebelakangan ini. 

Saya menjelaskan pendirian Islam yang tidak menolak sebarang bentuk hiburan yang tidak bertentangan dengan agama. Hiburan yang tidak berlebihan, apatah lagi dalam kaedah psikoterapi yang menerapkan elemen agama, adalah satu bentuk pendekatan yang amat baik dalam situasi yang menekan pada masa ini. 

Dalam masa yang sama, beberapa isu sensitiviti umat Islam seperti bulan Maulidurrasul yang masih berbaki beberapa hari, perlu diberi pertimbangan sebaiknya. 

Alhamdulillah, YB Dato’ Saifuddin Abdullah memaklumkan kepada saya yang beliau akan menghubungi pihak penganjur dan berusaha meneliti ruang penambahbaikan yang sesuai. Terima kasih atas keprihatinan YB Dato’ dalam perkara ini. 

Saya juga mengambil maklum, pandemik COVID-19 sedikit sebanyak memberi kesan kepada kru belakang tabir yang terlibat dalam industri muzik. 

Mereka adalah antara yang terjejas pendapatan, terutamanya yang bekerja sepenuh masa dalam industri ini. Jika ada apa-apa yang boleh kami - agensi-agensi agama di peringkat Persekutuan - hulurkan bantuan, saya amat berbesar hati. Bermula Mac hingga hari ini, kami telah menyalurkan hampir RM360 juta kepada 10 kelompok sasar di seluruh Malaysia. 

Sebagai salah sebuah agensi di bawah saya, TV Alhijrah turut menyediakan pelbagai bentuk hiburan alternatif sepanjang penghujung bulan Maulidurrasul ini. Boleh sama-sama tonton di Facebook, Saluran 114 Astro, Unifi TV & MyFreeview.

Kenyataan dari Menteri Agama sebenarnya seimbang dan adil. Mereka yang bekerja dibawah industri seni kreatif juga perlu diambilkira kebajikan mereka. Mereka juga ada keluarga dan terjejas kerana musibah covid19. - 12 November 2020.