t>

Breaking News

#Covid19 - Ringkasan Kluster Rumah Merah.

COVID19 | Pada 30 Oktober 2020, KKM mengumumkan 8 kluster baru dan salah satu dari kluster yang dilaporkan ialah Kluster Rumah Merah, Kota Kinabalu, Sabah.


2. Kluster Rumah Merah melibatkan sebuah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. 

3. Kes indeks bagi kluster ini ialah kes #29774. Beliau ialah lelaki yang berusia 48 tahun, bukan warganegara, dan mempunyai gejala.

4. #29774 disaring pada 28 Oktober 2020; dan didapati positif covid19.

5. Saringan kontak rapat kemudiannya dilakukan, dan hasilnya, 56 yang lain turut didapati positif covid19. Kes yang dikaitkan dengan kes indeks #29774 ialah kes #30091 hingga #30146 dan kesemuanya ialah bukan warganegara.

6. Kesemua kes menerima rawatan di  Blok Isolasi Pusat Tahanan Sementara Menggatal.

7. Kluster Rumah Merah diisytiharkan bermula pada 30 Oktober 2020.

8. Pada 31 Oktober, 111 kes baharu dilaporkan dibawah Kluster Rumah Merah. Ini merekodkan Kluster Rumah Merah mempunyai 168 bilangan kes aktif.

9. Jumlah yang disaring setakat 31 Oktober ialah 333.