t>

Breaking News

#Covid19 - Ringkasan Kluster Penjara Kepayan.

COVID19 | Kluster Penjara Kepayan adalah Kluster terbesar yang mempunyai jumlah pesakit paling aktif di Sabah ketika ini.


2. Setakat 31 Oktober 2020, kes Kluster Kepayan merekodkan;

- 1,688 kes aktif.

- 26 kes baharu direkodkan.

- 3,492 telah disaring.

- 14 sembuh.

3. Berdasarkan stastistik di atas, lebih dari separuh kes yang disaring, didapati positif covid19.

4. Pada 28 Oktober, Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata proses saringan di Penjara Kepayan telah selesai sepenuhnya.

5. Pada 14 Oktober, kes indeks #19628 dimasukkan ke dalam Hospital Queen Elizabeth selepas didapati positif #covid19. Beliau ialah warganegara Malaysia yang berasal dari Petagas dan berusia 33 tahun, lelaki.

6. Pada awalnya kes #19628 melakukan ujian saringan kemasukan. Beliau dibawa ke hospital kerana menghadapi masalah kesihatan. Beliau merupakan seorang banduan.

7. Ujian saringan itu kemudiannya mendapati kes #19628 adalah positif covid19.

8. Saringan kontak rapat kemudiannya dilakukan, dan hasilnya 48 yang lain turut didapati positif covid19.

9. Kluster ini dikesan di Kota Kinabalu, dan pada 18 Oktober, KKM buat pertama kalinya mengisytiharkan Kluster Penjara Kepayan kepada media, dan ia adalah tarikh bermulanya kluster.

10. Kluster Penjara Kepayan melibatkan 3 lokasi utama;

- Kota Kinabalu

- Papar

- Penampang

11. Kes #19629 hingga #19676 antara kes yang dikaitkan dengan kontak rapat kes indeks.

12. Meskipun mempunyai bilangan kes terbanyak, kluster ini berada dalam keadaan terkawal kerana tindakan pantas KKM yang melakukan saringan berkala pada tahap awal.

13. Sehingga hari ini punca jangkitan kes indeks tidak didedahkan ataupun masih dalam siasatan namun dipercayai kes indeks dijangkiti daripada komuniti orang awam.