t>

Breaking News

Netizens Dedahkan Wajah Suspek Campak Cucu Selepas Gagal R*gol Anak Tiri.

Tragedi | DENGAN KEMASKINI.

Hari ini rata-rata rakyat Malaysia terkesan dengan insiden malang yang berlaku di apartment Danau Villa, Setapak, Kuala Lumpur. 


Beberapa portal media tempatan melaporkan;

1. Seorang warganegara asing, dari Nigeria telah mencampakkan cucunya yang berusia 4 tahun dari tingkat empat.

2. Kesan dari tindakan itu, kanak-kanak malang itu maut.

3. Lelaki Nigeria itu merupakan datuk tiri kepada cucunya itu.

4. Dia berkahwin dengan isterinya yang juga nenek kepada kanak-kanak malang itu pada 10 tahun yang lepas. Suspek berusia 42 tahun. Dan isterinya 48 tahun.

5. Lelaki Nigeria itu juga mempunyai seorang anak lelaki berusia 8 tahun.

6. Manakala isterinya ada 4 anak yang berusia antara 19 hingga 29 tahun.

7. Ketika kejadian, suspek mahu merogol anak tirinya yang berusia 24 tahun yang sedang tidur di ruang tamu.

8. Bagaimanapun gagal berbuat demikian selepas dihalang isteri dan anak-anak.

9. Berang kerana dihalang, suspek kemudiannya mencampakkan cucu tirinya dari tingkat 4. Kanak-kanak lelaki itu adalah anak kepada perempuan yang mahu dirogol suspek.

10. Suspek juga bertindak lemaskan anak kandungnya dalam baldi namun kanak-kanak itu berjaya selamatkan diri.

11. Suspek kemudiannya cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkap pangsapuri berkenaan namun mengalami kecederaan selepas terjun. Suspek kemudiannya dibawa ke HKL bagi menerima rawatan.

12. Gambar suspek yang bogel juga tular di pelbagai laman sosial.

13. Menurut kenyataan dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

13. Saksi bernama Idayu berkata, pada 7.40 pagi, dia terdengar bunyi bising dari kediaman di tingkat tiga itu.

14. "Namun selepas itu saya melihat jiran saya menarik ibunya dalam keadaan berlumuran darah dan dalam keadaan berbogel di tangga hadapan rumah saya," kata saksi kejadian.

15. "Saya dan keluarga menyelamatkan wanita itu namun tidak lama kemudian saya melihat suspek yang juga dalam keadaan bogel membaling telefon pintar dari tingkat atas," jelas Idayu lagi.

16. Kemudian suspek mencampak kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. 
- 29 November 2020.