t>

Breaking News

Fakta Kes Disebalik Isu Mini Stadium Ffira Mikah.

VIRAL | Pada 12 Disember, tiba-tiba sosmed dihujani dengan banjiran post mengenai mini stadium Ffira Mikah. Nama stadium itu dipersoalkan netizens atas beberapa isu;

- siapakah Ffira Mikah?

- bahasa apakah yang digunakan Ffira Mikah kerana ada yang beranggapan ia merupakan bahasa asing.

- selain itu pencinta Bahasa Malaysia juga mempersoalkan tatabahasa, sepatutnya Stadium Mini dan bukannya Mini Stadium.

- tambahan, wang yang digunakan untuk membaiki stadium adalah wang kerajaan, bukannya wang persendirian.

Kesannya, nama stadium itu telah menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens.

2. Seterusnya, hasil siasatan netizens didapati, nama Ffira Mikah dipilih mungkin ada kaitan dengan nama sebenar Pegawai Daerah Kuala Nerang, Haji Hakim Ariff Maad Nor.

3. Apabila diterbalikkan nama Hakim Ariff kebetulan sahaja ia menjadi Ffira Mikah.

4. Rata-rata netizens mempercayai dakwaan tersebut, dan ia juga menjadi sensasi apabila semakin ramai netizens melibatkan diri dengan troll penggunaan nama tersebut.

5. Dalam satu laporan di portal Sinar Harian, bertarikh 13 Disember, Pegawai Daerah Kuala Nerang, Haji Hakim Ariff Maad Nor ada memberikan penjelasan beliau.

6. Ini apa yang dilaporkan;

- Nama baharu bagi stadium mini itu tiada kaitan dengan namanya yang diterbalikkan.

- Jika ada ianya hanyalah secara kebetulannya.

- Nama itu dicadangkan dan dipilih dalam mesyuarat.

“Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran," katanya.

- Nama itu juga mempunyai maksud tersirat. 

- Ffira membawa maksud hebat dalam bahasa Greek ataupun Sepanyol.

- Mikah ialah nama malaikat dalam bahasa Arab.

- Tujuan beliau melakukan penjenamaan semula kerana mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.

- Hakim Ariff juga menafikan beliau mahu mengejar glampor.

“Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu,” katanya.

- Hakim Ariff berkata, beliau memohon peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan yang sebelum ini amat daif.

- Hakim Ariff juga berkata pihaknya tiada masalah untuk menukar nama kontroversi itu dan bersedia menurunkan papan nama Ffira Mikah bagi melenyapkan dakwaan.

7. Papan tanda kontroversi itu kemudiannya diturunkan dan stadium itu dikenali dengan nama baharu iaitu Stadium Mini Kuala Nerang. Papan itu dikatakan telah diturunkan pada jam 4 petang, 13 Disember dan isu ini juga mendapat perhatian dari kerajaan negeri.

8. Bagaimanapun netizens tidak berhenti disitu.

9. Mereka seterusnya membuat semakan fakta samada betul atau tidak Ffira membawa maksud hebat dan Mikah merupakan nama malaikat.

10. Semakan juga dilakukan oleh wartawan Malaysiakini.

11. Didapati tiada hujah yang boleh menyokong keterangan FFira membawa maksud hebat dan Mikah bukanlah nama malaikat dalam bahasa Arab.

12. Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Mohd Hayati Othman berkata kepada pemberita, kerajaan negeri tidak dimaklumkan dengan pertukaran nama stadium tersebut. Ini kerana stadium berkenaan dibawah kuasa MDPT. Namun isu berkenaan dianggap selesai selepas stadium tersebut ditukar kepada nama asalnya kembali.

13. Sebagai rekod, stadium mini tersebut dirasmikan pada 7 Disember, tetapi namanya mula menjadi sensasi bermula 12 Disember 2020 selepas gambar-gambar perasmian dan nama stadium itu ditularkan netizens dan mendapat perhatian ramai pihak. - 15 Disember 2020.