Ffira Mikah Masuk Berita Antarabangsa, Pegawai Daerah Dianggap 'Hakim'.
VIRAL | Nampaknya hasrat Pegawai Daerah Kuala Nerang, Haji Hakim Ariff Mohd Nor yang mahu stadium mini di Kuala Nerang dikenali ramai telah pun menjadi kenyataan.
Bukan sahaja ia terkenal di Kedah, dan Malaysia malahan kini ia bertaraf antarabangsa apabila portal luar The Independent melaporkan kejadian itu.
Portal itu melaporkan stadium mini Kuala Nerang itu diberikan nama Ffira Mikah dan Pegawai Daerah Hakim Ariff menafikan ia ada kaitan dengan namanya yang diterbalikkan.
Portal itu juga melaporkan kenyataan Hakim Ariff yang memetik laporan Sinar Harian di mana Hakim Ariff menjelaskan nama stadium itu berasal dari Sepanyol ataupun Greek.
Seperti portal lain, semakan nama dilakukan dan didapati ffira bukanlah bermaksud hebat dalam bahasa Greek ataupun ada maksud seakan serupa dalam bahasa lain, sementara portal itu beranggapan mikah mungkin menyerupai Malaikah dalam bahasa arab.
Apa yang kelakarnya juga ialah apabila portal itu mengambarkan Hakim Arif ialah seorang hakim (kerjaya).
Berikut laporan portal tersebut;
Di Malaysia Hakim bukan sekadar nama, ia juga merupakan satu kerjaya. Wartawan The Independent dah berjangkit kelakar dari Kedah ni. - 16 Disember 2020.