t>

Breaking News

Guru Mangsa Terbaru, Buat Laporan Terhadap Daie'.

JENAYAH | Ini perkembangan susulan berhubung laporan polis terhadap pendakwah selebriti berusia 25 tahun yang ditahan di Shah Alam minggu lalu.


Jika semalam polis memberikan kenyataan berhubung aduan yang diterima penuntut kolej, kali ini polis memberikan keterangan tentang mangsa yang bekerja sebagai guru.

1. Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, laporan itu disiasat mengikut Seksyen 377C, Seksyen 354 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

2. Laporan terbaharu diterima jam 6.28 petang semalam daripada seorang guru berusia 22 tahun yang mendakwa dirogol suspek.

3. Kejadian berlaku jam 9 malam pada 22 Oktober lalu selepas suspek mengajak mangsa keluar bersama untuk menyambut hari lahir di sebuah restoran di daerah ini.

4. Sebaik selesai makan malam, suspek mengajak mangsa ke rumahnya di Damansara Perdana.

5. Pada mulanya mangsa enggan tapi dipujuk rayu dan dipaksa suspek menyebabkan mangsa akur.

6. Ketika di rumah, mangsa dirogol oleh suspek. Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumah pada keesokannya selain turut diugut untuk tidak menceritakan kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan serta trauma.

7. Bertindak atas laporan itu, Nik Ezanee berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - 1 Disember 2020