Suntikan Untuk Kurus, Betul Ke?
Oleh : Mohd Dziehan Mustapa
SUNTIKAN UNTUK KURUS !
Yer, kali pertama saya diberitahu berkaitan perkhidmatan ini, macam tidak percaya. Betul ke apa perkhidmatan “suntikan untuk kurus” ini. Melalui carian, yer betul rupanya...telah ada perkhidmatan ini dan dilakukan di rumah secara suntikan “IV Drip”.
Saya lihat betul-betul apakah produk yang mereka guna. Sangat ingin tahu apakah bahan yang digunakan dalam suntikan iv drip ini. Didapati bahawa ada 3 jenis bahan/produk digunakan dan kesemuanya kelihatan berasal daripada jepun dengan label pada produk yang tidak boleh dibaca kerana dalam tulisan bahasa jepun.
Alhamdulillah ada applikasi “Google Lense” yang boleh membantu dalam siasatan dan carian lebih terperinci kepada 3 produk tersebut. Alhamdulillah juga ada sahabat yang pernah belajar di jepun dan membantu mengesahkan carian melalui Google Lense dan menterjemahkan label produk tersebut. Berikut adalah hasil carian saya :
Vial 1 : Gabungan Asid Amino (Hy-Pleamin 20ml)
Pengilang : Fuso Pharmaceuticals, Japan.
Bahan Aktif : Babungan “essential amino acids”
• L-methionine 192 mg
• L-Tryptophan 64 mg
• L-leucine 218 mg
• L-isoleucine 192 mg
• L-phenylalanine 128 mg
• L-arginine hydrochloride 200 mg
• L-lysine hydrochloride 240.6 mg
• L-threonine 128 mg
• L-valine 192 mg
• L-histidine hydrochloride hydrate 100 mg
• Glycine 298 mg
• D-sorbitol 1000 mg
• L-cysteine 7 mg
Tujuan perubatan/Indikasi : Mengatasi masalah kekurangan asid amino penting.
Biasanya ia digunakan untuk hipoproteinemia, kekurangan zat makanan sebelum dan selepas pembedahan. Asid amino diperlukan oleh tubuh manusia untuk menghasilkan protein dalam tisu. Oleh itu ia digunakan untuk mengimbangi kekurangan asid amino kerana kerosakan dan kemusnahan sel semasa sakit atau kecederaan.
Rujukan : https://bio-japan.net/hy-pleamin-medicine
-------------------------------------------------------------------------
Vial 2 : Thioctic Acid Nisshin 25mg/5ml
Pengilang : Nisshin Corporation, Japan
Bahan Aktif : Thioctic acid (chemical formula C8H14O2S2)
Tujuan :
1. Rawatan sindrom Leigh.
2. Mengimbangi kekurangan asid thioctic yang disebabkan oleh latihan fizikal yang intensif.
3. Rawatan kerosakan saraf disebabkan komplikasi diabetes.
4. Kesihatan tubuh badan dan memberi tenaga sebagai produk tambahan (Suplemen).
Biasanya digunakan untuk membantu memulihkan fungsi neuron, oleh itu ia dipreskripsikan untuk pesakit dengan neuropati diabetes (kerosakan saraf) dan sindrom Leigh. Asid thioctic digunakan untuk membaiki tenaga dan pembaikan diri badan untuk atlet atau individu yang kepenatan kerana melakukan latihan/aktiviti fizikal yang intensif.
Rujukan : https://bio-japan.net/thioctic-acid-in-vials

Vial 3 : Carnitine chloride 200mg/2ml (Entmin Injection)
Pengilang : Nichi-iko Pharmaceutical Co., Ltd, Japan
Bahan Aktif : Carnitine chloride 200mg
Tujuan : Ubat ini mengaktifkan fungsi mitokondria dengan memperbaiki keadaan kekurangan carnitine dan membantu dalam mengawal gejala seperti sawan (kejang) atau hipotonia. Kebiasaannya ia digunakan untuk memperbaiki kekurangan carnitine.
L-carnitine adalah sejenis asid amino yang mengangkut asid lemak ke dalam sel untuk diproses menghasilkan tenaga. Ia boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh atau boleh diambil melalui produk suplemen.
Secara teorinya, ada asas untuk menggunakan carnitine sebagai suplemen bertujuan dalam penurunan berat. Kerana carnitine membantu memindahkan asid lemak ke dalam sel untuk dibakar dan menghasilkan tenaga. Oleh itu ramai yang mungkin berfikir cartinitne akan meningkatkan kemampuan tubuh untuk membakar lemak dan seterusnya menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun, tubuh manusia sangat kompleks, dan hasil kajian ke atas manusia dan haiwan memberi keputusan yan pelbagai.
Terdapat kajian yang dilakukan selama lapan minggu terhadap 38 wanita yang melakukan latihan/aktiviti sukan sebanyak empat kali seminggu, tidak menunjukkan perbezaan penurunan berat badan dalam kalangan mereka yang mengambil carnitine dan mereka yang tidak mengambilnya. Walau bagaimanapun dalam kajian ini menunjukkan lima orang peserta yang mengambil carnitine mengalami kesan samping ; loya atau cirit-birit.
Melalui kajian manusia yang lain untuk memantau kesan carnitine terhadap pembakaran lemak semasa latihan menggunakan basikal pegun selama 90 minit menunjukkan selepas empat minggu pengambilan suplemen cartinite juga tidak menunjukkan peningkatkan pembakaran lemak.
Walau bagaimanapun, terdapat satu analisis terhadap sembilan kajian yang dilakukan kebanyakannya dalam kalangan orang obes atau orang dewasa yang lebih tua - mendapati bahawa terdapat kehilangan berat badan sekitar 1.3 kg lebih semasa perserta mengambil carnitine sebagai suplemen. Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan manfaat carnitine pada populasi yang berusia muda dan aktif.
Walaupun boleh membantu menurunkan berat badan bagi individu gemuk atau orang dewasa yang lebih tua, diet dan senaman yang menyeluruh mesti dilakukan terlebih dahulu.
Rujukan :
https://www.rad-ar.or.jp/siori/english/kekka_plain.cgi?n=36202 (Carnitine dalam bentuk tablet)
https://www.healthline.com/nutrition/l-carnitine#weight-loss
https://www.verywellfit.com/l-carnitine-for-weight-loss-90053#citation-2

Kesimpulan yang boleh saya buat :
1. Adalah menjadi suatu kesalahan menjual ubat ini secara atas talian sebab ubat ini dibawa masuk secara seludup dan ia merupakan ubatyang tidak berdaftar dengan KKM.
2. Ubat ini adalah dalam kategori ubat terkawal dan memerlukan preskripsi doktor. Ubat terkawal tidak boleh dipromosikan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat KKM dan tidak boleh dijual secara online.
3. Ubat ini memerlukan profesional kesihatan untuk melakukan prosedur suntikan dalam keadaan aseptik (bebas kuman). Terdapat risiko kesihatan yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna sekiranya ia disuntik oleh individu yang tidak bertauliah. Sekiranya penglibatan individu yang bertauliah menyediakan perkhidmatan di rumah ia merupakan suatu kesalahan etika yang jelas telah dilakukan.
4. Pembuktian dalam penurunan berat badan melibatkan gabungan ketiga-tiga ubat ini yang diberikan secara suntikan iv drip tiada dan pembuktian penggunaan ubat-ubatan tersebut secara berasingan juga tidak menunjukkan pembuktian yang kukuh dan sahih. Ke semuanya memerlukan penjagaan diet dan aktiviti senaman dilakukan bersama-sama untuk melihat tambahan terhadap kesan penurunan berat badan yang sedikit.
5. Didapati dos yang di sarankan oleh penjual produk ini adalah tidak tepat. Pengambilan dos yang di syorkan seminggu sekali tidak akan menghasilkan apa-apa kesan dalam penurunan berat badan.
6. Tidak berbaloi mengambil rpoduk ini kerana kos jualan ketiga-tiga produk ini sahaja adalah sekitar RM600-RM1200 (bergantung kepada peniaga dan jumlah vial yang dibekalkan). Bayangkan jumlah duit yang sama boleh dilaburkan dalam membeli alatan sukan seperti kasut berlari yang bagus (Cardio) , basikal (Cardio), alatan sukan renang (cardio) atau alatan angkat berat (weight) yang terbukti lebih sihat, lebih menjimatkan, lebih seronok dan memberi kepuasan kepada invidu yang melakukannya berserta kawalan pemakanan diet yang seimbang (suku-suku, separuh).
7. Status halal produk ini juga boleh dipertikaikan kerana perlu diingatkan bahawa pengambilan bahan ini adalah sebagai suplemen dan bukannya bertujuan untuk rawatan. Maka sudah menjadi kewajiban mencari yang halal kerana suplemen bukan keperluan ia adalah kehendak.
8. Kandungan bahan dalam ketiga-tiga produk tersebut sebenarnya memang terkandung dalam diet harian. Justeru tidak perlu mengambilnya secata suntikan tambahan jika individu melatih diri mengambil pemakanan sihat dan seimbang. Suntikan ini semua adalah untuk keadaan individu yang terbukti mengalami kekurangan nutrient tubuh dan memerlukan tambahan dalam bentuk suntikan atau suplemen tambahan.
9. Penjual produk ini rata-rata adalah golongan individu bukan ahli perubatan dan tidak bertauliah. Apa-apa berlaku terhadap diri anda terutama reaksi kesan sampingan atau alergi adalah bawah tanggungan masing-masing. Peniaga semestinya tidak akan bertanggungjawab atas kesan yang berlaku.
10. Masalah obesiti perlukan nasihat daripada golongan profesional kesihatan, dipantau dan perlulah dilakukan secara perlahan dan berterusan. Pembuktian rawatan yang terbaik adalah menerusi aktiviti sukan dan mengawal pemakanan. Pengambilan ubat/produk atau prosedur pembedahan memerlukan nasihat doktor atau ahli farmasi. Elak manjadi mangsa kepada penjual produk yang tidak bertauliah.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, orang awam sepatutnya menggunakan perkihdmatan yang telah disediakan oleh pihak KKM iaitu Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian bebas tol 1800-88-6722 (Isnin-Jumaat 8pagi-5petang). Elakkan bertanya kepada penjual produk apa-apa berkaitan ubat-ubatan atau suplemen...sebaiknya gunakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan makluman yang sahih dan tidak bias. Dengan cara ini anda boleh menjadi pengguna yang bijak dan menghindari diri daripada tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab.
Sebagai orang awam juga, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan informasi berkaitan kegiatan penjualan ubat-ubatan yang tidak betul dan mencurigakan ini kepada pihak penguatkuasa KKM untuk melakukan siasatan lanjut dan mengambil tindakan sekiranya aduan didapati ada kebenaran pelanggaran mana-mana undang-undang sedia ada.

Salurkan aduan anda di : https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)