Kartel Daging Haram, Mungkin Salah Rafizi Dan PKR.
VIRAL | Nampaknya isu kartel daging haram dah bertukar menjadi isu politik dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Desakan awal yang bertujuan mendedahkan jenama-jenama yang terlibat, rangkaian pengedar dan peruncit kini sudah menjadi kesalahan ahli politik.
Terbaru, tanpa menyebutkan sebarang nama, Badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkata terdapat parti politik yang terbabit dalam isu kartel daging sejuk beku.
Menurut Presidennya, Hamdan Mohd Salleh parti politik yang terlibat itu pernah terbabit dalam usaha menjatuhkan NFC.
Namun Hamdan tidak menyebutkan sebarang nama parti politik yang terlibat kerana katanya kes berkenaan masih dalam siasatan.
Hamdan cuma memberikan klue sahaja bahawa jika mahu tahu parti apa yang terlibat, kajilah isu NFC.
Isu NFC pernah tular suatu ketika dahulu selepas Jabatan Audit Negara mendedahkan kerugian yang dialami NFC.
Rafizi yang juga ahli PKR dan Ahli Parlimen Pandan pada ketika itu kemudiannya membongkarkan beberapa perkara dalam apa yang didakwanya penyelewengan dan salah guna dana awam sehingga beliau dibicarakan dibawah OSA.
Baca laporan berita penuh dibawah ini;
BERITA | Badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa wujud pembabitan parti politik dalam isu kartel daging sejuk beku yang menjadi kontroversi ketika ini.
Menurut presidennya, Hamdan Mohd Salleh, parti politik itu juga terbabit dalam usaha menjatuhkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Katanya, pembabitan parti politik terbesar itu bukannya baru malah didakwa berlaku lima tahun yang lalu.
“Hari ini kita membuat laporan polis mengenai pendedahan sebuah parti politik terbesar dan sekutunya dalam menjatuhkan industri daging dengan berkerjasama dengan pihak kartel.
“Mereka bersekongkol menjatuhkan syarikat GLC kerajaan seperti NFC dengan usaha mengagalkan perusahaan industri daging ini,” katanya dalam sidang media, di ibu negara hari ini.
Bagaimanapun kata Hamdan, dia tidak dapat mendedahkan parti yang terbabit memandangkan ia masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Hamdan membuat laporan polis berhubung isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Awal bulan ini media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia.
Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
Media pada 21 dan 22 Disember melaporkan bahawa kartel itu dikatakan bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi-agensi kerajaan untuk membawa daging-daging ke dalam negara kononnya sebagai daging yang berstatus halal.
Antara daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.
Dalam pada itu, Hamdan menggesa pihak berkuasa supaya segera mengambil tindakan dengan menyiasat pimpinan parti politik berkenaan.
“Kita tidak dapat dedahkan (parti terbabit) kerana ia dalam siasatan.
“Kalau tuan (wartawan) kaji isu NFC tuan dapat ketahui pihak yang terbabit,” katanya. - 29 Disember 2020.