t>

Breaking News

Individu Mahu Saman Menteri Agama Jika Enggan Dedahkan Dalang Jual Daging Haram Kepada Umat Islam.

VIRAL | Seorang individu yang dikenali sebagai Abd Zarin Bin Mohd Yasin hari ini mengeluarkan notis 7 hari bagi mendesak kerajaan mendedahkan senarai nama pengedar dan pembeli daging non halal (daging haram yang dilabelkan halal) dari gudang Johor Bharu yang diserbu beberapa penguatkuasa awal bulan Disember lalu.

Individu tersebut berkata sebagai umat Islam mereka berhak mengetahui kebenaran disebalik serbuan tersebut.

"Bahawasanya JAKIM bertanggungjawab status halal dan badan lain yang berkaitan dalam tempoh 7 hari. 

Dengan suci menzahirkan senarai nama pengedar dan pembeli daging non halal dari gudang di Johor Bharu berdasarkan invois yang dirampas di gudang itu dimana maklumat itu dirahsiakan.

Kami sebagai warganegara dan umat Islam berhak mengetahui.

Jika tiada jawapan bertulis dalam masa 7 hari. Satu tindakan undang-undang iaitu saman sivil akan dilakukan oleh saya kepada Tuan (Menteri Agama) dan beberapa orang lain yang berkaitan," kata individu itu dalam satu kenyataan bertarikh 28 Disember 2020.

Notis itu juga menjadi tular di beberapa portal dan media sosial sejurus ia dikeluarkan oleh Abd Zarin Bin Mohd Yasin.

Sebagai rekod, sehingga ke hari ini JAKIM dan beberapa agensi berkaitan belum lagi mendedahkan jenama daging haram yang menggunakan logo halal palsu selepas melakukan serbuan bersama pada 2 Disember lepas.

Serbuan itu susulan dari laporan khas yang tersiar di portal Sinar Harian pada 27 November 2020.

Kartel daging haram dikatakan telah beroperasi selama 40 tahun di Malaysia dan rata-rata pengguna muslim amat marah selepas terbongkarnya kegiatan itu dan mendesak kerajaan untuk mendedahkan jenama daging-daging yang terlibat serta menarikbalik pengedaran daging haram itu di pasaran tempatan. - 28 Disember 2020.