Netizens Pelik 'Lori' Didakwa Guna Logo Halal Palsu, Apa Dah Jadi Dengan Kes Serbuan Gudang Di Senai?
SOSMED | Pelik bin ajaib. Semalam Timbalan Menteri Datuk Rosol Wahid berkata beliau berharap kita tak merasa bimbang dan was-was susulan maklumat terbaru yang dikeluarkan oleh KPDNHEP berhubung maklumat terbaru kartel daging haram.
Tetapi selepas diberikan mengetahui tentang perkembangan kes, kita bukan sahaja merasa semakin was-was dan malah rasa tak percaya pun ada.
Secara ringkasnya, Datuk Rosol Wahid berkata;
- Jangan bimbang dan was-was.
- Pengedaran daging haram hanya membabitkan logo halal palsu.
- Pembekalan daging itu hanya mewakili 1% di seluruh Malaysia.
- Tak benar dakwaan 40 tahun telah beroperasi.
- Syarikat didaftar pada 2014. Perniagaan sejukbeku pada 2017.
Tapi apa yang berlaku hari ini ialah;
- Syarikat yang didakwa ialah syarikat yang diserbu pada 1 Disember dan bukannya 2 Disember seperti yang dilaporkan di beberapa portal tempatan.
- Syarikat ini pula didakwa kerana menggunakan logo yang tak diperakui sah halalnya di atas badan dua lori berjenama Isuzu dan Mitsubishi.
- Lagi bertambah pelik, tak ada langsung pendakwaan mengenai pembekalan, pengedaran dan penjualan daging haram.
- Juga tak ada pendakwaan mengenai daging-daging yang dibekalkan oleh syarikat itu adalah daging haram bercampur kuda, babi, kangaroo dan sebagainya.
- Ini bermakna, bukanlah syarikat ini yang didedahkan sebagai rangkaian kartel daging haram.
- Nama syarikat yang menempatkan gudang daging haram yang tular tu pun lain.
- Ini nama kilangnya;
- Nama kilang itu pun didedahkan oleh netizens dan orang awam.
- Sehingga kini langsung tak ada sebarang pengesahan atau penafian dari mana-mana pihak samada pemilik perniagaan mahupun dari badan berauthoriti.
- Kes sudah berjalan hampir sebulan. Nama dalang tak tahu. Wajah dalang tak tahu. Nama company yang disahkan penguatkuasa tak tahu. Siapa yang terlibat tak tahu. Yang dituduh menerima suapan dan rasuah dalam agensi kerajaan tak tahu. Perkembangan kes tak tahu. Semuanya netizens korek-korek sendiri dan sebar. Tapi penyebaran maklumat seperti itu pula berdepan dengan tanggapan, samada ia benar ataupun tidak. Kerana itulah kerajaan kena sahkan samada penyebaran maklumat itu tepat mahupun bukan. Tapi itupun kerajaan tak buat apa-apa akhirnya pengguna yang jadi keliru.
Kita perlukan maklumat tepat yang disahkan oleh agensi berauthoriti bukannya berdasarkan agak-agak dan sangkaan netizens. Selagi tak ada pengesahan selagi itulah isu ini akan terus diperdebatkan. Tak akan itu pun kerajaan tak faham-faham?
Apa yang sedang berlaku ini. Apasal liat sangat nak maklumkan pada rakyat mengenai perkembangan kes.
Didakwa atau tak didakwa?
Siapa namanya, orangnya, pemiliknya, statusnya, jenamanya, sudah ditarikbalik atau belum, semuanya tak tahu.
Jika benarlah dakwaan 40 tahun diperbesar-besarkan, dakwalah NSTP dan BH. Mereka yang laporkan angka 40 tahun.
Jika betul tak ada daging haram kuda, kangaroo dan sebagainya bercampur, dakwalah wartawan. Mereka yang dedahkan maklumat tersebut kepada orang awam.
Jenama-jenama daging tu pula terbongkar dalam rakaman serbuan tu.
Setakat nafi, lepas tu buat cerita lain, dan nafi kembali tak memberikan kesan kepada persepsi dan tanggapan rakyat ketika ini.
Pendek kata rakyat dah hilang percaya pada daging-daging lembu import.
Silap-silap kerajaan dianggap sedang melindungi dalang dan mungkin ada VVIP yang terlibat agaknya. Atau mana-mana individu berpengaruh dari parti politik. Sangat mengusarkan dan menakutkan jika benarlah perkara itu berlaku. Minta dijauhkan. - 30 Disember 2020.