Netizens Sebar Kenyataan Illi Najwa Ulas Isu Perkahwinan Hal Peribadinya.
SOSMED | Nampaknya isu perkahwinan Illi Najwa Saddique bersama pasangannya, Manpreet Singh masih lagi belum reda.
Terbaru, netizens sedang galak menyebarkan kenyataan yang menurut mereka ia adalah mewakili Illi Najwa Saddique.
Berikut adalah antara individu yang menyebarkan kenyataan tersebut;
Menurut kenyataan itu;
- Illi Najwa dikatakan telah membaca pelbagai respon dari rakyat Malaysia mengenai perkahwinannya.
- Illi ingin mengingatkan perkahwinannya dengan Manpreet merupakan urusan beliau dan suaminya, ia merupakan hal peribadi dan bukannya hal orang awam.
- Dengan siapa pun Illi mahu berkahwin itu adalah perkara peribadinya dan hal seperti itu tidak seharusnya diperdebatkan dan diperbincangkan secara awam.
- Akhir sekali apabila lelaki dan perempuan mahu berkahwin, tak ada apa pun patut menghalang perkara tersebut, termasuklah bangsa dan kepercayaan, sebaliknya doakanlah perkahwinan tersebut berbahagia dan berkekalan.
Kenyataan itu dikatakan dikeluarkan oleh Illi Najwa dari India dan bertarikh 22 Disember 2020.
Berdasarkan semakan, Instagram Illi di private dan Facebooknya gagal dikesan. Twitter pula tak ada kemaskini baharu.
Kenyataan yang dikatakan mewakili Illi tidak dapat dikesan di mana-mana sumber sahih dan jelas setakat ini tetapi ianya telah bertebaran terutamanya di platform Facebook dan WhatsApp.
Oleh kerana hal ini masih lagi dalam siasatan JAIJ dan JAKIM, adalah lebih baik jika netizens dapat memastikan sumber sahih sebelum mempercayai apa-apa yang tular di laman sosial. - 23 Disember 2020.