t>

Breaking News

Elok Mati Kat Rumah Dari Mati Kat MAEPS, Individu Ini Bengang Kerana Pusat Kuarantin Kotor, Sejuk, Tak Ada Ubat.

VIRAL | Lagi berkenaan MAEPS. Jika sepanjang minggu lepas Pusat Kuarantin MAEPS dikritik kerana;

- Padat dan penuh dengan pertambahan pesakit secara mendadak.

- Gagal menyediakan fasiliti sepatutnya seperti dulu yang mana dulunya ada penghadang yang memisahkan antara satu pesakit dengan pesakit yang lain supaya lebih privacy tetapi sekarang tak ada.

- Tidak mempunyai direktori pesakit yang admit sehingga ada pengadu yang gagal sahkan samada ibunya berada disitu atau tidak apatah lagi individu itu juga perlu menjalani kuarantin.

Kini ada satu lagi individu yang tak berpuas hati disebabkan;

- Dapat sarapan roti dan kaya (yang menurutnya mungkin ala kadar dan tak terhidang seperti yang selalu kita lihat di hospital-hospital).

- Tempat kotor dan sejuk nak mati.

- Tak ada sebarang ubat dan multivitamin diberikan.

- Kakitangan dua orang sahaja.

- Pengurusan caca marba.



Bagaimanapun berbeza dengan kritikan-kritikan yang diterima lebih awal oleh MAEPS, kritikan dari individu bernama Arep Aref ini telah diherdik oleh netizens kerana dianggap tak munasabah. Apatah lagi menggunakan perkataan-perkataan yang kasar seperti "elok ludah je staff KKM ni".

Sudah tentu apabila staff KKM membaca perkataan seperti ini mereka akan menjadi marah dan sakit hati apatah lagi sejak Februari 2020 hingga ke Januari 2021, belum lagi dapat berehat kerana melawan covid19 demi menjaga kesihatan rakyat.

Sebenarnya tak ada salahnya melakukan kritikan dengan tujuan penambahbaikan. Jika kritikan nak melepaskan kemarahan dan amuk, itu bukannya kritikan itu macam nak mencari gaduh dan mengajak bertumbuk sahaja.

Facebook Arep Aref ini juga tidak lagi dapat dikesan mungkin kerana diserang kaw-kaw oleh netizens agaknya.

Berdasarkan gambar profile, nampak macam ahli bina badan. Ahli bina badan memang tak suka karbohidrat macam roti Gardenia jadi tak mustahil la beliau berasa marah tetapi malangnya ia disampaikan dengan cara salah. Benda boleh tak makan kalau tak mahu kan. Buat apa nak kecoh satu Malaysia. Sekarang tak pasal-pasal netizens maki beliau pula. Cari penyakit betul la. - 11 Januari 2020.